Ad

Thursday, 31 October 2019

Prestasi semasa Afiq, Baddrol ditagih bantu Harimau Malaya: Cheng Hoe

MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY | | 31 Oktober 2019
 
Afiq Fazail
LIMA muka baharu yang dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan depan dipilih berdasarkan prestasi semasa para pemain tersebut.


Pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menjelaskan, dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) - Afiq Fazail dan Syazwan Andik Ishak serta tiga pemain Kedah - Baddrol Bakhtiar, Farhan Roslan dan penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim beraksi baik bersama pasukan masing-masing sehingga berjaya memikatnya untuk berada dalam senarai 26 pemain.

“Saya harap prestasi yang ditonjolkan oleh kesemua pemain tersebut bersama pasukan negeri masing-masing dapat dibawa dan diterjemahkan dalam pasukan kebangsaan pula.


“Seperti Baddrol, dia mempunyai pengalaman yang banyak pernah mewakili skuad negara manakala Afiq menunjukkan prestasi cemerlang ketika bermain bersama JDT dalam beberapa perlawanan,” katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu, FAM mengeluarkan senarai 26 pemain untuk menyertai kem latihan pusat yang akan bermula Ahad ini. Dalam kenyataan itu, Cheng Hoe turut memanggil kembali perancang Pahang, Nor Azam Abdul Azih dan penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi yang sebelum ini tercicir daripada senarai akhir 23 pemain ketika menentang Vietnam di Hanoi akibat kecederaan.



“Kehadiran semula beberapa pemain terbabit termasuk Afiq dan Baddrol yang baru dipanggil akan memberikan lebih banyak pilihan pemain kepada saya untuk diturunkan dalam tiga perlawanan akan datang,” ujarnya.

Pada masa sama, Cheng Hoe membuat keputusan menggugurkan pemain tengah, Akram Mahinan (PKNS FC), Abdul Halim Saari (Selangor); penjaga gol, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (Perak) dan pemain pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria daripada senarai 26 pemain tersebut.

Enam pemain pula diletakkan dalam senarai bersedia jika ada mana-mana dalam kalangan 26 pemain tersebut disahkan mengalami kecederaan iaitu Irfan dan Akram serta penjaga gol, Haziq Nadzli (JDT), Rizal Ghazali (Kedah), J Partiban (Perak) dan Jafri Firdaus Chew (PKNS FC).

Harimau Malaya akan menentang Tajikistan dalam perlawanan persahabatan pada 9 November sebelum dijadualkan mengharungi dua aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Thailand (14 November) dan Indonesia (19 November) di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54817/BERITA/Sukan/Prestasi-semasa-Afiq-Baddrol-ditagih-bantu-Harimau-Malaya-Cheng-Hoe
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Wednesday, 30 October 2019

Kunci kaki kiri Safawi


MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
“SAYA akan berusaha kunci kaki kiri dia. Itu kata tonggak pertahanan kiri Kedah, Azmeer Yusof yang bertekad mengikat pergerakan pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Jelasnya, tendangan kaki kidal Safawi amat berbisa yang boleh meranapkan impian skuad Helang Merah untuk menjulang trofi kedua musim ini selepas Piala FA, Julai lalu.

Katanya, pengalaman dua kali berdepan pemain itu dalam saingan Liga Super musim ini akan dijadikan modal bagi menghalang tonggak kelahiran Dungun, Terengganu itu.

“Dah dua kali saya jumpa dia dan seperti semua orang tahu, dia antara pemain yang bagus di Malaysia. Walaupun dua kali jumpa tapi bagi saya pentas final berbeza dan saya perlu mengkaji lagi permainan Safawi.

“Tapi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya kena tutup kaki kiri dia dan tutup daripada dia melakukan larian celah pemain.

“Memang larian celah pemain dan rembatan ke arah gol amat bahaya, jadi saya kena tutup kaki kiri dan jangan sesekali bagi dia buat rembatan ke arah gawang Kedah,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Azmeer, 29, yang beraksi cemerlang ketika aksi separuh akhir kedua menentang Pahang di Stadium Darul Makmur berjaya memainkan peranannya dengan sentiasa membayangi pergerakan Mohamadou Sumareh di sebelah kanan.

Sudah pasti aksi sama ditagih pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak ke atas bahu Azmeer untuk merantai pergerakan Safawi yang ketika ini berada pada prestasi terbaik khususnya selepas meledak hatrik mengetepikan Selangor di separuh akhir.

Mengenai perlawanan akhir itu, Azmeer akui ia adalah pentas keduanya selepas turut membantu Kedah ke final Piala Malaysia pada 2016 lalu.

“Ini kali kedua saya datang (hijrah) ke Kedah dan ini juga kali kedua saya ke pentas final Piala Malaysia. Jadi dengan jurulatih dan ramai pemain baharu saya lihat ini final berbeza berbanding 2016 lalu.

“Sebab dulu 2016 ramai pemain lama dalam pasukan Kedah dan kali ini pasukan berwajah baharu serta ini juga final kedua kami untuk musim ini,” katanya yang sekadar memanaskan bangku simpanan ketika final Piala FA.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Oktober 2019 @ 5:00 AM


Tuesday, 29 October 2019

Zaquan, Aidil mohon restu ibu sebelum aksi final

SUKAN»Bola
Selasa, 29 Oktober 2019 | 9:25pm
Zaquan, Aidil mohon restu ibu sebelum aksi final
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
 
ALOR SETAR: Seperti lazimnya, Zaquan Adha Abdul Radzak tidak akan melepaskan peluang menghubungi ibunya bagi mendapatkan restu dan doa kejayaan buat dirinya setiap kali turun beraksi mewakili pasukannya, Kedah.

Dan bagi aksi bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, dia juga sudah pasti akan berbuat demikian.

Langkah sama juga, lazimnya akan juga dilakukan oleh kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada setiap aksi. Dan sudah pasti, ia akan turut dilakukannya apabila turun mewakili skuad Harimau Selatan bertemu skuad Helang Merah pada aksi final piala berprestij itu.

"Setiap kali sebelum sebarang perlawanan, saya akan menghubungi ibu untuk meminta restu daripada beliau bagi mendoakan kejayaan saya dan pasukan dalam perlawanan. Begitu juga abang saya. Selalunya dalam perlawanan lain, pasukan yang kami wakili akan menentang pasukan lain. Jadi perkara itu menjadi biasa,

“Namun kali ini agak berbeza kerana kedua-dua pasukan yang kami wakili akan bertembung di final Piala Malaysia. Dan ini tentunya menimbulkan persoalan buat ibu kami yang mahu mendoakan kejayaan buat anak kembarnya ini.

"Saya pun tak tahu bagaimana ibu menghadapi keadaan ini walaupun dia tetap berdoa untuk kejayaan kami berdua,” katanya ketika dihubungi hari ini.

ZAQUAN Adha Abdul Radzak (kiri) dan Aidil Zafuan Abdul Radzak. - Foto Hairul Anuar Rahim
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Selasa, 29 Oktober 2019 | 9:25pm

Pahang terlepas tiket final,Kedah mara temu JDT

ROSILAWATI ROSEDI | | 26 Oktober 2019
 
Penyerang Pahang Dickson Nwakaeme menjerit kepuasan selepas menjaringkan gol ketika menentang Kedah pada perlawanan Piala Malaysia 2019 Separuh Akhir Kedua di Stadium Darul Makmur malam ini. -Foto Bernama
BIARPUN mencatatkan keputusan seri,5-5 dalam aksi separuh akhir kedua,skuad Tok Gajah terpaksa berputih mata untuk beraksi di pentas final Piala Malaysia 2019


Dalam perlawanan yang penuh dramatik di Stadium Darul Makmur malam ini,Kedah mara ke perlawanan akhir dengan agregat,8-8 berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan untuk meranapkan impian skuad kendalian Dollah Salleh.

Kedah terlebih dahulu menggegarkan gawang rumah menerusi jaringan kapten pasukan, Fernando Rodriguez hasil umpanan Baddrol Bahktiar pada m-8.


Tersentak dengan jaringan tersebut,pemain tuan rumah menggandakan asakan namun beberapa peluang terhidang gagal dimanfaatkan.

Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan,Mohd Ifwat Akmal Chek Kassim pada m-33.

Kedudukan kekal hingga tamat separuh babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua,Kedah kembali mengejutkan tuan rumah hasil jaringan penyerang importnya,Jonatan Bauman pada m-54.

Namun Pahang kembali menyamakan kedudukan menerusi jaringan penyerang kelahiran Namibia,Lazarus Kaimbi pada m-71 dan lima minit kemudian,dia sekali lagi menggegarkan gawang Kedah untuk membawa tuan rumah mendahului lawan.

Namun kegembiraan Pahang kembali tercalar selepas Baddrol menambahkan derita buat tuan rumah hasil sepakan percuma pada m-84.

Kedudukan kekal hingga tamat perlawanan dan terpaksa mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak memastikan mereka kembali ke depan hasil jaringan,Renan Alves pada m-92.

Pahang tidak berputus asa dan peluang kembali terbuka selepas sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh pemain pertahanan,Herold Goulon untuk kembali terikat,4-4 pada m-114.

Namun kealpaan pertahanan tuan rumah mengundang padah selepas Rodriguez membawa Kedah kembali mendahului pada m-117.

Jaringan penyerang Pahang Dickson Nwakaeme sebelum wisel penamat dibunyikan tidak membawa makna buat tuan rumah.

Kedah akan bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) untuk perlawanan akhir saingan piala tersebut di Stadium Bukit Jalil pada 2 November ini.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54226/BERITA/Sukan/Pahang-terlepas-tiket-finalKedah-mara-temu-JDT
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Monday, 28 October 2019

‘Ini perlawanan gila’

WARTAWAN SUKAN SINAR | | 29 Oktober 2019
 
Pemain-pemain Kedah meraikan kejayaan mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Pahang berdasarkan peraturan gol di tempat lawan.

“SEPANJANG 14 tahun saya bermain bola sepak dengan skuad Kedah, sampai bila-bila saya tidak akan lupakan apa yang terjadi pada perlawanan malam ini.”


Itu pengakuan Kapten Lang Merah Kedah, Baddrol Bakhtiar selepas kejayaan penuh dramatik skuad Lang Merah menyingkirkan Pahang untuk layak ke final Piala Malaysia musim ini.

Bukan sahaja tiada siapa menjangkakan aksi perlawanan di Stadium Darul Makmur bakal berkesudahan agregat 8-8, malah karakter ditunjukkan Kedah sudah cukup menceritakan semangat juang Baddrol dan rakan-rakan.

Menurut Baddrol, dia amat berpuas hati dengan kejayaan itu untuk menangkis pandangan betapa Kedah tiada peluang untuk mencipta kejutan ke atas Pahang yang diletakkan sebagai pasukan pilihan mara ke pentas final.



“Pahang ialah sebuah skuad yang kuat dan mempunyai kualiti tersendiri dan ramai orang tidak memilih kami untuk layak ke final pada tahun ini. Tetapi malam ini kami menepis setiap kritikan itu.

“Bagaimanapun, saya tidaklah memikirkan sangat segala kata-kata itu kerana cuba mengambilnya daripada sudut positif untuk Kedah dan terima kasih kepada semua yang menyokong kami sejak daripada dulu," katanya.

Baddrol juga mengakui jaringan penyamaan ketiga yang dilakukan pada minit ke-85 menjadi titik tolak kebangkitan Kedah selain memadamkan sedikit api perjuangan Pahang kerana berjaya menyamai jaringan di tempat lawan skuad Tok Gajah.

“Semasa 3-2 itu, saya sudah tekadkan dalam hati mahu meletakkan bola ini secara 'drive' ke dalam kotak penalti dan saya harap ada rezeki untuk kami dapatkan jaringan.

“Alhamdulillah tidak jangka bola itu masuk dan saya berbangga dengan semangat perjuangan kami sebagai satu pasukan dan paling penting, kami beraksi di atas satu jalinan kerjasama yang tinggi," katanya.

Selepas kedudukan terikat 5-5 pada 120 minit permainan, Kedah meraikan kejayaan mara ke final menerusi peraturan jaringan di tempat lawan.

Dalam pada itu bagi penyerang import Kedah, Jonatan Bauman, dia menganggap 120 tempoh permainan yang diharungi itu adalah detik yang cukup ‘gila’.

“Memang satu perlawanan yang cukup menggilakan dan tidak pernah terfikir sehingga 5-5 kami mengakhiri permainan tetapi kami layak mendapat tempat di final.

“Kami menunjukkan satu sikap tidak kenal erti berputus asa ke atas Pahang walaupun mereka diiringi puluhan ribu penyokong sendiri untuk sentiasa menyerang.

“Bagaimanapun, kami bermain mengikut taktikal diarahkan jurulatih dan menyerang bila perlu serta tidak mensia-siakan peluang dimiliki untuk mendapatkan jaringan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54477/BERITA/Sukan/Ini-perlawanan-gila
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Tunjukkan belang!


MyMetroNode
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
Seremban: Frank Bernhardt menggesa jentera serangan Skuad Projek Sukan SEA 2017 agar lebih tajam pada aksi persahabatan antarabangsa kedua menentang pasukan kebangsaan Nepal di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini.

Pada aksi sulung, anak buah Bernhardt tidak menghadapi masalah menang besar 4-1 ke atas skuad Bawah 22 Filipina, Rabu lalu.

Jelas pengendali dari Jerman itu, beliau akan melakukan sedikit rombakan dalam kesebelasan utama apabila berdepan Nepal dengan menjangkakan saingan lebih sengit bakal hadir dari skuad kendalian Koji Gyotoku itu.

“Saya rasa aksi malam esok (malam ini) lebih sukar kerana mereka (Nepal) bakal turun dengan skuad senior.

“Situasi berdepan pasukan lebih berpengalaman ini bagus untuk mematangkan pemain kerana kami mempunyai sasaran menjuarai Sukan SEA tahun depan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Mac 2016 @ 5:05 AM

'Karier saya berisiko untuk tamat lebih awal'

MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

“JIKA saya terlalu mengikut kehendak pihak tertentu... ia akan menambah tekanan selain karier saya berisiko untuk tamat lebih awal.” Itu reaksi spontan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin ketika ditanya mengenai kesediaannya menyarung jersi skuad senior negara ke Sukan SEA dan kejohanan lain.

Luqman yang ditemui pada perlawanan persahabatan menentang Taiwan baru-baru ini, sedar banyak pihak yang mengharapkan dia beraksi di pentas lebih tinggi atau terus ‘melompat’ ke skuad senior pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu berkata, ketika ini dia lebih gemar menumpukan aksi kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-19 di Kemboja yang bermula Sabtu ini daripada memikirkan mengenai peranannya bersama skuad senior.

“Jika dipanggil atau diberi peluang bersama skuad lebih senior, saya tetap memberikan komitmen namun secara jujurnya, saya lebih suka jika tidak terpilih membarisi senarai 23 pemain ke Sukan SEA.

“Banyak perkara yang perlu saya pelajari dan lebih baik saya bermain mengikut peringkat daripada terus melompat bersama skuad senior.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Oktober 2019 @ 4:45 Am sumber

Bukan rezeki Pahang: Dollah


WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019
 
Pergerakan pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh dikawal rapi benteng pertahanan Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto Pahang FA

KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui sedikit kecewa apabila skuad kendaliannya itu gagal mengesahkan slot ke pentas final Piala Malaysia musim ini setelah terikat 5-5 ke atas Kedah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam tadi.

Keputusan seri dengan agregat 8-8 itu menyaksikan Kedah berjaya meneruskan saingan ke pentas final Piala Malaysia selepas berjaya memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan sekali gus memadamkan bekalan tiga gol yang dibawa Pahang pada perlawanan itu.

Dollah mengakui para pemainnya telah memberikan persembahan terbaik pada perlawanan itu cuma mereka masih gagal mengatasi kelemahan dalam mengatasi jaringan yang di lakukan oleh lawan menerusi 'set piece'.

"Inilah sebenarnya bola sepak, walaupun kita telah memberikan tumpuan terhadap 'set piece' tetapi benda yang sama juga berlaku dan kita juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

"Mungkin aksi kedua ini bukan rezeki Pahang. Saya tengok pemain berjaya mencipta kebangkitan setelah ketinggalan dan mampu mendahului kedudukan, namun kita terpaksa menerima pada apabila banyak memberi peluang kepada Kedah untuk menjaringkan gol menerusi set piece," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, bekas pemain kebangsaan itu turut berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan para pemainnya dan menyifatkan mereka tidak tewas pada pertemuan itu cuma mereka terpaksa akur dengan kelebihan jaringan yang dimiliki Kedah di gelanggang lawan.

"Apa pun tahniah buat Kedah, dan saya juga bangga apabila kita juga masih mengekalkan rekod terbaik di gelanggang sendiri tanpa sebarang kekalahan musim ini," katanya.
SUMBERArtikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54269/BERITA/Sukan/Bukan-rezeki-Pahang-Dollah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Safawi bangga bantu JDT ke final Piala Malaysia

WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019
Safawi Rasid -Foto JDT

"INI rezeki saya" demikian reaksi pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid apabila hatrik jaringannya berjaya membawa skuad Haimau Selatan mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menundukkan Selangor 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Menurutnya, kejayaan itu tidak akan hadir tanpa bantuan daripada rakan-rakan sepasukan yang turut bekerja keras membantu kejayaan pasukan dan turut berterima kasih kepada mereka.

”Sebelum ini (aksi separuh akhir pertama) saya agak kepenatan kerana selepas pulang daripada skuad kebangsaan saya terus berlatih. Bagaimanapun sebagai pemain bola sepak profesioanl perkara ini tiada masalah bagi saya. Mungkin hari ini (malam tadi) saya bermain ‘ok’, esok tak ‘ok’, jadi itu adalah rezeki.


”Saya tak kisah siapa yang menjaringkan gol, mungkin hari ini rezeki saya dan lepas ini mungkin rezeki orang lain. Bagi saya ini adalah kerja keras daripada kawan-kawan saya.” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan.

Pada perlawanan itu, JDT terlebih dahulu membuka jaringan menerusi rembatan kemas Safawi pada minit ke-24 sebelum menggandakan kedudukan pada minit ke-46 dan melengkapkan hatrik jaringan minit ke-51 sekaligus melengkapkan kejayaan 5-1 secara agregat buat skuad Harimau Selatan.

Sementara itu, Pengurus JDT, Luciano Figueroa berkata pemain Selangor bermain dengan baik dan memberikan saingan sengit kepada pasukannya.

"Kita memang mengharapkan permainan seperti ini kerana ia akan membuat perlawanan lebih menarik, ketika separuh akhir pertama Selangor memberi tentangan sengit walaupun kita menang tipis."

"Apa yang penting saya memberitahu kepada pemain adalah untuk memberikan aksi terbaik dan mendapatkan gol pertama, mereka berjaya melakukannya dengan cemerlang," katanya.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/54277/BERITA/Sukan/Safawi-bangga-bantu-JDT-ke-final-Piala-Malaysia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkr

Safawi tekad julang Piala Malaysia


SUKAN»Bola
Ahad, 27 Oktober 2019 | 4:16pm
 
Safawi tekad julang Piala Malaysia
SHAH ALAM: Selepas membantu Johor Darul Ta’zim (JDT) melangkah ke final, pemain sayap kebangsaan, Muhammad Safawi Rasid kini mengidamkan untuk menjulang  Piala Malaysia apabila skuad Harimau Selatan itu turun berentap dengan juara lima kali, Kedah pada aksi final  pada 2 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
                  
Muhammad Safawi, 22 mengakui beliau amat mengidam untuk beraksi di pentas final setelah tidak diturunkan sewaktu JDT menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final 2017 di Stadium Shah Alam, yang merupakan kejuaraan Piala Malaysia pertama diraih skuad Harimau Selatan itu .

“Impian saya sudah pasti untuk membawa pulang trofi Piala Malaysia kerana sudah lama saya menanti saat ini untuk bantu rakan sepasukan dalam aksi final nanti.

“Apatah lagi, saya belum pernah berpeluang untuk beraksi pada final terakhir kami dua tahun lalu dan tahun ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik kami sekali lagi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan separuh akhir kedua menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam tadi.


Safawi meraikan kejayaan selepas menjaringkan gol pertama pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Selangor di Stadium Shah Alam, Shah Alam. - NSTP/Aizuddin Saad

Safawi meraikan kemenangan JDT bersama penyokong selepas tamat perlawanan. - NSTP/Aizuddin Saad
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi wira JDT apabila meledak jaringan hatrik ketika pasukan selatan tanah air itu melakar kemenangan selesa 3-0 ke atas Selangor yang merupakan juara 33 kali Piala Malaysia, sekaligus mara dengan kemenangan agregat 5-1.

Untuk rekod, JDT menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 19 Okt lalu.

Mengulas lanjut, Muhammad Safawi yang menjadi nadi kejayaan JDT dalam menjulang kejuaraan keenam berturut-turut dalam saingan Liga Super musim ini, mengakui, kerjasama erat daripada rakan sepasukan menjadi faktor kejayaan skuad Harimau Selatan menumbangkan Selangor di tempat lawan.

Kedah mara ke pentas final Piala Malaysia selepas mencatat keputusan seri 8-8 secara agregat ketika berdepan juara empat kali, Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada satu lagi aksi separuh akhir kedua, namun layak ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Kedua-dua pasukan seri 3-3 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar pada 19 Okt lalu. - BERNAMA
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Ahad, 27 Oktober 2019 | 4:16pm




Sunday, 27 October 2019

Pahang serba tak menjadi

MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukanteam@nstp.com.my
KEKECEWAAN tidak dapat disembunyikan oleh pengendali Pahang, Dollah Salleh selepas skuadnya gagal melangkah ke final Piala Malaysia musim ini.

Bekas pemain kebangsaan itu berkata, biarpun skuad Tok Gajah seri 8-8 menerusi agregat, faktor kelebihan jaringan di tempat lawan menyaksikan Kedah mengisi slot berkenaan.

"Inilah bola sepak, sepatutnya kita ambil peluang apabila bermain di tempat sendiri tetapi segalanya tidak menjadi dan ia kerugian yang besar buat pasukan.

"Aksi separuh akhir kedua bukan rezeki Pahang dan kesilapan berulang iaitu membenarkan lawan menjaringkan gol menerusi ‘set-piece’ menyebabkan kita menerima padah.

"Sudah banyak kali saya nasihatkan kepada pemain terutama sepanjang latihan untuk lebih fokus menerusi ‘set-piece’ oleh lawan tetapi ia tetap berlaku," katanya.

Begitupun, Dollah tetap berbangga dengan komitmen anak buahnya yang berusaha dan bangkit selepas ketinggalan menerusi gol pendahuluan Kedah.

"Bagi saya, pemain sudah memberikan yang terbaik dan kegagalan meraih kejuaraan musim ini memang mengecewakan," katanya.

Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 11:29 AM

Safawi puas lonjak JDT

MyMetroArena
 
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
PELEDAK hatrik Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid nyata puas apabila berjaya membawa pasukannya mara ke pentas final Piala Malaysia selepas tiga jaringannya membantu JDT membenam Selangor 3-0 di separuh akhir kedua di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Malah, menerusi keputusan bergaya itu menyaksikan skuad Harimau Selatan melakar agregat besar 5-1 selepas turut meraih kemenangan 2-1 ketika aksi pertama di Larkin, minggu lalu.

Jelas Safawi, dia berpuas hati apabila dapat menjaringkan tiga gol untuk pasukan bagi menebus kembali prestasi kurang memberangsangkan di separuh akhir pertama lalu.

Namun baginya, tanpa kerja keras rakan sepasukan, tiga gol itu tidak akan hadir dan menganggap kejayaan ini adalah hasil kerjasama semua pemain yang turut menjadi tulang belakang kepada kemenangan itu.

“Saya memang tidak nafikan agak penat dalam aksi separuh akhir pertama kerana baru selesai tugas bersama skuad kebangsaan.

“Tetapi itu bukan masalah sebenarnya kerana sebagai pemain sudah pasti kadang-kadang ada hari yang saya akan beraksi baik, kadang-kadang ada yang tidak menjadi.

“Apa-apa pun ini rezeki saya berjaya melakukan hatrik di mana yang paling penting adalah kerjasama daripada rakan sepasukan yang turut membantu dan saya nak ucapkan terima kasih kepada mereka atas kemenangan ini,” katanya pada sidang media sejurus tamat aksi di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu ini, juara Liga Super itu bakal ditentang juara Piala FA, Kedah yang mengejutkan Pahang di Kuantan.

Ia sekaligus mengulangi aksi final 2017 yang menyaksikan JDT menewaskan skuad Helang Merah dengan 2-0.

Ujar Safawi lagi, dia enggan terlepas aksi final kali ini selepas dua tahun lalu tidak disenaraikan dalam skuad utama pasukan.

“Apatah lagi, saya belum pernah berpeluang untuk beraksi pada final terakhir kami dua tahun lalu, dan tahun ini saya akan melakukan yang terbaik untuk memastikan kejuaraan menjadi milik kami sekali lagi,” kata penyerang Harimau Malaya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 6:34 PM


Saturday, 26 October 2019

SAFAWI RASID WIRA JDT (SELANGOR 0-3 JDT)

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



BADDROL BAKHTIAR WIRA KEDAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB



KEPUTUSAN PENUH SELANGOR 0-3 JDT

m-25,46,52 Safawi Rasid


KEPUTUSAN MASA PERTAMA PAHANG 1-1 KEDAH


PAHANG  1-1 KEDAH
OLEH – AHMAD BIN YAAKOB
Pahang      1-1  Kedah
                        m-8 Fernando Rodriguez
m-33 Dicson Nwakaeme
PEMAIN PAHANG
01 HELMI ELIZA
02 MATTHEW DAVIES
03 HEROLD COULON
08 WAN ZAHARULNIZAM
10 DICKSON NWAKAEME
11 LAZARUS KAIMBI
15 SADDIL RAMDANI
16 ZUBIR AZMI
20 AZAM AZIH
21 SAFUWAN BAHARUDIN
26 MOHAMADOU SUMAREH
PEMAIN SIMPANAN
PEMAIN KEDAH
18 IFWAT AKMAL
03 RENAN ALVES
07 BADDROL BAKHTIAR
09 FERNANDO RODRIGUEZ
10 JONATAN BAUMAN
11 SHAKIR HAMZAH
15 RIZAL GHAZALI
25 AZMEER YUSOF
29 FARHAN ROSLAN