Ad

Thursday, 24 October 2019

Tak rela kecewa kali kedua


MyMetroArena
 
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
PAHANG enggan episod hitam ketika gagal layak ke final Piala FA berulang lagi pada aksi timbal balik separuh akhir Piala Malaysia, Sabtu ini.

Sebelum ini, Pahang pernah kecewa walaupun memiliki kelebihan 3-1 ketika menentang Perak di separuh akhir pertama Piala FA namun apabila aksi kedua berlangsung di Ipoh, skuad kendalian Dollah Salleh itu tumbang 0-3, sekali gus berputih mata melihat Bos Gaurus melangkah ke final menerusi agregat 4-3.

Justeru, kejayaan mengikat Kedah 3-3 pada aksi pertama, Sabtu lalu bukan tiket untuk Pahang selesa walaupun minggu ini, mereka akan bermain di Stadium Darul Makmur.

Pemain tengah Tok Gajah, Faisal Halim berazam untuk merealisasikan impian layak ke final Piala Malaysia dan dia juga mengimpikan hasrat itu dapat dilakukan di depan penyokong sendiri.

“Bagi saya, kami tidak boleh terburu-buru mendapatkan gol kerana lawan sudah pasti mahu mencari gol awal sebagai motivasi buat mereka.

“Sebaliknya, kami perlu bermain seperti biasa dan setiap posisi wajar berada pada prestasi terbaik. Kami juga tidak mahu apa yang berlaku pada separuh akhir Piala FA yang menyaksikan Pahang begitu selesa dengan bekalan 3-1, tetapi akhirnya dikecewakan Perak 0-3 tidak berulang lagi,” katanya.

Namun, Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berkata, beraksi di laman sendiri pasti memberi kelebihan buat skuad itu untuk melakar kemenangan ke atas Lang Merah.

Katanya, tiada yang lebih menggembirakan untuk membawa Tok Gajah ke final seperti yang pernah dilakukan pada 2013 dan 2014.

“Saya percaya dengan komitmen rakan sepasukan, tiada yang mustahil untuk mencapai misi berkenaan. Kami perlu menang untuk memadam kekecewaan terlepas dua piala musim ini iaitu Liga Super dan Piala FA,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Oktober 2019 @ 6:05 AM

No comments:

Post a Comment