Daerah Larut di Perak adalah di bawah pemerintahan Long Jaafar sehinggalah beliau meninggal dunia pada 1858. Beliau telah digantikan oleh anaknya Ngah Ibrahim dan telah mendapat restu daripada Baginda Sultan Perak. Ngah Ibrahim telah meneruskan pentadbiran sebagai Orang Besar Jajahan iaitu wakil Sultan Perak. Bagi mengukuhkan kedudukannya pada hari ini 23 Oktober 1863, Ngah Ibrahim bin Long Jaafar telah dianugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri Larut oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Jaafar Muazzam Shah. Penganugerahan gelaran tersebut adalah juga sebagai mengenang jasa dan perkhidmatan cemerlang beliau kepada baginda sultan dan terhadap perkembangan serta kemajuan perusahaan melombong bijih timah di daerah Larut. Kawasan ini menjadi tumpuan pelombong-pelombong China. Pada awal tahun 1860 ramai pekerja lombong Cina dari Negeri-negeri Selat datang berhijrah ke daerah Larut untuk melombong bijih dan menubuhkan dua kumpulan kongsi gelap, Ghee Hin dan Hai San. Dalam tahun 1862, sekumpulan orang-orang Kongsi Ghee Hin dari Klian Baharu iaitu seramai 14 orang telah pergi ke Klian Pauh iaitu kawasan Kongsi Hai San kerana hendak bermain judi yang akhirnya mengakibatkan berlakunya pergaduhan. Ngah Ibrahim sebagai Orang Besar Jajahan bertanggungjawab menjaga keamanan daerah Larut telah menjalankan siasatan dan mendapati kumpulan Ghee Hin bertanggungjawab mencetuskan pergaduhan itu. Ketua kumpulan itu, So Ah Chong telah dihukum bunuh. Orang-orang Ghee Hin tidak berpuas hati dengan tindakan Ngah Ibrahim Ialu mengadu kepada Kolonel Cavenangh, Gabenor Inggeris Negeri-negeri Selat. Tanpa siasatan rapi Cavenagh menuntut bayaran gantirugi daripada Sultan Perak kerana wakil baginda membunuh Ketua Kumpulan Ghee Hin, seorang rakyat British. Ngah Ibrahim yang bertanggungjawab dalam kes itu bersedia membayar gantirugi kepada Gabenor Inggeris bagi pihak Sultan Perak dengan syarat baginda sultan bersetuju menganugerahkannya gelaran yang berpadanan dengan bayaran gantirugi sebanyak $17,447.04. Sebagai ganjaran di atas khidmat beliau itu serta kecekapannya mengendalikan perusahaan lombong di Larut, pada hari ini dalam tahun 1863, Sultan Perak telah berkenan menganugerahkan gelaran Orang Kaya Menteri Larut kepada Ngah Ibrahim. Penganugerahan itu telah meletakkan Ngah Ibrahim sebagai orang yang berkuasa penuh di Larut. Ngah Ibrahim bebas membuat perhubungan dengan mana-mana kuasa luar tanpa persetujuan dan kebenaran Sultan Perak. Bagaimanapun setelah termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, kuasa mutlak Ngah Ibrahim terhadap daerah Larut telah dinafikan oleh pentadbiran Inggeris sebaliknya mengekalkan gelaran.[1]
Ad
Labels
- AGAMA
- AKHYARLSJDT
- ARKIB LIGA MALASIA
- BELASUNGKAWA
- BICARA AGAMA
- HADIS-JAKIM
- HARI INI DALAM SEJARAH
- HIDUPAN LIAR
- HOKI MALAYSIA
- KARTUN
- PASIR PUTEH
- PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA
- PELANCONGAN
- PEMAIN MUDA 2017
- PENDIDIKAN
- PENGASUH 1918-1955
- PENYELIDIKAN SEJARAH AHMAD
- PIALA DUNIA
- PIALA FA
- PIALA MALAYSIA
- SEJARAH FELDA
- SEJARAH MALAYSIA
- SEJARAH STPM P2
- SEJARAH STPM P3
- SEJARAH STPM PI
- SELANGOR 2008
- SIRAH NABI
- SMK JENGKA2
- SUKAN KOMANWEL
- VIDEO SEJARAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment