MyMetroArena
EMPAT pemain muda negara berlepas
ke Jepun malam ini sambil diiringi amanat Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia
(FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin yang menggesa mereka menimba ilmu sebaik mungkin
di negara matahari terbit.
Empat pemain terbabit Luqman
Hakim Shamsudin, Muhammad Firdaus Kaironnisam, Harith Haiqal Adam Afkar dan Ali
Imran Sukari akan menjalani latihan bersama Cerezo Osaka bermula 3 hingga 13
September ini.
Program itu susulan kerjasama
dimuktamadkan ketika delegasi FAM yang diketuai Hamidin mengadakan rundingan
dua hala bersama Persatuan Bolasepak Jepun (JFA di Tokyo minggu lalu.
"Peluang menimba ilmu di
Jepun apatah lagi dengan kelab Divisyen 1 Liga Jepun, Cerezo Osaka tidak boleh
dipersiakan.
"Ia peluang sangat berharga
buat pemain muda menimba ilmu serta pengalaman serta membuka ruang buat mereka
mengintai peluang beraksi di Liga Jepun,” kata Hamidin.
Dua lagi pemain Sikh Izhan Nazrel
dan Ahmad Zikri Khalili bersama Luqman sekali lagi akan ke JFA Academy dan FC
Tokyo pada Oktober nanti.
Mereka dipilih selepas saringan
berdasarkan prestasi pemain yang dipantau FAM, Akademi Mokhtar Dahari dan
Pengurusan Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Ahad, 1 September 2019 @ 10:41 PM
No comments:
Post a Comment