SUKAN»Bola
Khamis, 10 Oktober 2019 | 11:03pm
NORSHAHRUL Idlan Talaha cuba
melepasi pemain Vietnam pada perlawanan Malaysia menentang Vietnam bagi
kelayakan Piala Dunia peringkat Kumpulan G, pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 di Stadium My Dinh, sebentar tadi. - Foto Mohd Yusni
Ariffin
Harimau Malaya tewas di Hanoi
Daripada Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my
HANOI: Impian Harimau Malaya
menamatkan kemarau kemenangan di Hanoi lebur apabila terpaksa akur tewas tipis
0-1 kepada Vietnam di Stadium My Dinh, sebentar tadi.
Corak permainan dipamerkan skuad
Naga Emas di bumi sendiri langsung tidak mengejutkan kenapa mereka mampu
menghuni ranking 99 dunia dan keputusan itu membuktikan masih banyak kerja
rumah perlu direncana Tan Cheng Hoe.
Pada perlawanan tadi, sekali pun
berjaya menguasai hampir keseluruhan permainan, tuan rumah hanya bergantung
kepada jaringan tunggal, Nguyen Quang Hai di babak pertama.
PEMAIN Negara, Norshahrul Idlan
Talaha diasak pemain Vietnam, Nguyen Tuan Anh di Stadium My Dinh, sebentar tadi.
- Foto Mohd Yusni Ariffin
Walaupun berjaya mencipta
beberapa gerakan menarik untuk menghasilkan jaringan, Vietnam pantas
membuktikan yang 45 minit pertama menjadi milik mereka sambil pertahanan negara
dilihat beberapa kali melakukan sedikit kesilapan.
Minit ke-28, Stadium My Dinh bergegar
apabila Quang Hai menggegar gawang negara namun ia dibatalkan kerana penyerang
tuan rumah itu terlebih dulu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.
Sebaik aksi memasuki minit ke-40,
Quang Hai akhirnya berjaya menebus kekecewaan untuk memastikan Vietnam memasuki
bilik persalinan dengan kelebihan satu gol.
Bersambung babak kedua, skuad
Naga Emas seakan tidak kenal erti lelah dan terus mempamer permainan pantas
hingga meletakkan pemain negara dalam situasi tertekan.
Minit ke-72, pemain gantian Vietnam,
Nguyen Anh Duc hampir menghukum Harimau Malaya buat kali kedua tetapi kali ini,
Shahrul Saad berada di kedudukan tepat untuk mengeluarkan bola atas garisan gol
ketika gawang negara sudah terbuka luas.
SUMBER-BERITA HARIAN ONLINE Khamis, 10 Oktober 2019 | 11:03pm
No comments:
Post a Comment