MyMetroArena
Asrol Awang
sukan@hmetro.com.my
SKUAD Pahang mampu menyekat Kedah
pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, Sabtu
ini.
Pengurus Tok Gajah, Datuk
Mohammed Suffian Awang, berkata prestasi mantap dipersembahkan skuad itu pada
suku akhir ketika menewaskan Melaka United boleh diulangi. "Walaupun
tempoh rehat panjang, ia diharap tidak menjejaskan persiapan pasukan biarpun
ada pemain dibelenggu masalah kecederaan.
"Namun, saya percaya dengan
komitmen dan semangat juang tinggi, dapat meletakkan pasukan pada tahap terbaik
dan mencapai misi ke pentas final.
"Oleh itu, pemain perlu
memanfaatkan sesi latihan minggu ini dengan prestasi membanggakan,"
katanya.
Dalam saingan Piala Malaysia,
skuad kendalian Dollah Salleh muncul juara Kumpulan D. Pada aksi suku akhir,
Pahang menang ke atas Melaka United menerusi agregat 6-1.
Namun, kecederaan dialami empat
pemain iaitu Muslim Ahmad, Nor Azam Azih, Zuhair Aizat Mohd Nazri dan Faisal
Halim sudah pasti memberi tamparan buat skuad Tok Gajah.
Pada masa sama, situasi semasa
kapten pasukan, Matthew Davies, Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talaha
yang belum diketahui.
Tiga pemain berkenaan menyarung
jersi Harimau Malaya pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023
bertemu Vietnam. Begitu juga dua import, Safuwan Bahadin dan Saddil Ramdani,
masing-masing mewakili Singapura dan Indonesia.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 14 Oktober 2019 @ 5:20 PM
No comments:
Post a Comment