MyMetroArena
Firdaus Hashim
sukan@hmetro.com.my
SKUAD Harimau Malaya menghantar
amaran awal kepada Vietnam apabila garang membenam Sri Lanka 6-0 dalam aksi
persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Malaysia yang akan berkunjung ke
Hanoi berdepan skuad Naga Emas pada aksi ketiga Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 Khamis ini jelas sudah bersedia memburu kemenangan kedua
dalam kempen kelayakan selepas menewaskan Indonesia 3-2 pada aksi pertama
sebelum tumbang 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu.
Malah ia juga kemenangan ketiga
terbesar sepanjang Tan Cheng Hoe mengendalikan pasukan sejak Disember 2017 di
mana Timor Leste menjadi mangsa amukan apabila diratah 7-1 dan 5-1 dalam dua
aksi playoff Kelayakan Piala Dunia yang dijalankan secara timbal balik pada Jun
lalu.
SYAFIQ (tengah) meraikan gol
pertama bersama rakan sepasukan ketika menentang Sri Lanka di Stadium Nasional,
Bukit Jalil. - FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Dalam aksi yang nyata dikuasai
sepenuhnya tuan rumah menyaksikan anak didik Cheng Hoe mula mengatur gerakan
sejak awal dalam usaha memecahkan benteng pelawat.
Sri Lanka yang bakal berdepan
Korea Selatan dalam aksi kelayakan Khamis ini dikejutkan dengan gol awal
apabila Syafiq Ahmad bijak menyambut bola hantaran Safawi Rasid pada minit
kelapan.
Tonggak pertahanan Shahrul Saad
menambah gol kedua hasil sepakan sudut yang berjaya dihidunya sekali gus
menewaskan penjaga gol Hilmi Luthfi di minit ke-14.
Ketika Sri Lanka cuba bangkit,
tuan rumah bagaimanapun terus bernafsu dengan menjaringkan gol ketiga menerusi
penyerang veteran NorShahrul Idlan Talaha untuk menamatkan aksi babak pertama
dengan 3-0.
Bersambung separuh masa kedua,
Cheng Hoe memasukkan beberapa pemain baharu dan jentera serangan negara terus
merobek memburu gol tambahan.
Akhyar Rashid mencetak nama
selaku penjaring untuk gol keempat pada minit ke-51 sebelum Syafiq sekali lagi
mempamerkan bisanya dengan dua gol masing-masing di minit ke-76 dan 88
sekaligus hatrik pertama di pentas antarabangsa.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 5 Oktober 2019 @ 10:54 PM
No comments:
Post a Comment