WARTAWAN SINAR HARIAN | | 27 Oktober 2019
Pergerakan pemain import Pahang, Mohamadou Sumareh
dikawal rapi benteng pertahanan Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala
Malaysia di Stadium Darul Makmur, malam tadi. - Foto Pahang FA
KETUA jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui sedikit
kecewa apabila skuad kendaliannya itu gagal mengesahkan slot ke pentas final
Piala Malaysia musim ini setelah terikat 5-5 ke atas Kedah dalam aksi separuh
akhir kedua di Stadium Darul Makmur malam tadi.
Keputusan seri dengan agregat 8-8 itu menyaksikan Kedah
berjaya meneruskan saingan ke pentas final Piala Malaysia selepas berjaya
memiliki kelebihan jaringan di tempat lawan sekali gus memadamkan bekalan tiga
gol yang dibawa Pahang pada perlawanan itu.
Dollah mengakui para pemainnya telah memberikan
persembahan terbaik pada perlawanan itu cuma mereka masih gagal mengatasi
kelemahan dalam mengatasi jaringan yang di lakukan oleh lawan menerusi 'set
piece'.
"Inilah sebenarnya bola sepak, walaupun kita telah
memberikan tumpuan terhadap 'set piece' tetapi benda yang sama juga berlaku dan
kita juga gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.
"Mungkin aksi kedua ini bukan rezeki Pahang. Saya
tengok pemain berjaya mencipta kebangkitan setelah ketinggalan dan mampu
mendahului kedudukan, namun kita terpaksa menerima pada apabila banyak memberi
peluang kepada Kedah untuk menjaringkan gol menerusi set piece," katanya
ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Mengulas lanjut, bekas pemain kebangsaan itu turut
berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan para pemainnya dan menyifatkan
mereka tidak tewas pada pertemuan itu cuma mereka terpaksa akur dengan
kelebihan jaringan yang dimiliki Kedah di gelanggang lawan.
"Apa pun tahniah buat Kedah, dan saya juga bangga
apabila kita juga masih mengekalkan rekod terbaik di gelanggang sendiri tanpa
sebarang kekalahan musim ini," katanya.
SUMBERArtikel Penuh :
https://www.sinarharian.com.my/article/54269/BERITA/Sukan/Bukan-rezeki-Pahang-Dollah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment