Ad

Wednesday 16 October 2019

Awasi pemain Pahang: Baddrol

Awasi pemain Pahang: Baddrol
MyMetroArena
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
 
KETUA pasukan Kedah Baddrol Bakhtiar mahu pemain Kedah mengikat semua pemain Pahang yang dilihat mampu memberi ancaman bahaya ke pintu gol mereka pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman Sabtu ini.

Malah pemain penuh pengalaman dan turut digelar 'The Sniper' atau pakar rembatan jarak jauh ini tidak menganggap individu tertentu sahaja seperi Dickson Nwakaeme, Lazarus Kaimbi dan Mohamadou Sumareh yang perlu menjadi tumpuan, tetapi sebaliknya semua pemain lain juga perlu diikat dari bergerak bebas.

"Bukan sorang dua sahaja yang kita kena jaga dan kawal rapi, tapi semua pemain Pahang perlu kita awasi kerana mereka yang lain juga berpotensi melakukan kejutan ke pintu gol Kedah dan sedikit sahaja kesilapan jika kita leka, boleh merugikan pasukan."

"Impian kami adalah untuk mengelak bolos dan seterusnya mencari bekalan gol selesa untuk dibawa ke Stadium Darul Makmur selepas ini dan kami perlu terus fokus sepanjang 90 minit perlawanan untuk mengelak laluan berliku di tempat lawan nanti."

"Namun saya yakin melalui kerja keras serta dorongan jurulatih dalam latihan dan persiapan yang telah dan sedang kami jalani sekarang ini, kami mahu terus pertingkatkan keupayaan kami dalam semua posisi berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ini."

Baddrol juga mengakui semangat serta motivasi dalam skuad Kedah bimbingan Aidil Sharin Sahak kini melonjak lebih tinggi selepas skuad Lang Merah berjaya menjuarai Kumpulan A dan seterusnya layak ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia pada musim ini.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Oktober 2019 @ 12:51 PM

No comments:

Post a Comment