MyMetroArena
Daripada Syazwan Msar di Hanoi
mohdsyazwan@hmetro.com.my
KEPULANGAN pertahanan berpengalaman negara Aidil Zafuan Radzak ke pangkuan Harimau Malaya sudah cukup membuktikan khidmatnya masih lagi diperlukan walaupun ada yang menganggap dia sudah berusia.
Aidil yang juga pertahanan tengah Johor Darul Ta’zim akan kembali mengemudi benteng pertahanan negara pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional My Dinh, malam ini.
Usianya sudah menjangkau 32 tahun, namun pemain itu sebenarnya mempunyai kemampuan membaca pergerakan pemain lawan dan menyebabkan pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe memanggilnya bagi mengukuhkan benteng.
Menurutnya, peluang yang diberikan Cheng Hoe untuk terus berbakti kepada negara satu pengiktirafan tertinggi apabila melihat khidmatnya masih diperlukan.
AIDIL (kanan) berlatih dengan rakan sepasukan menjelang aksi di Hanoi, malam ini. — FOTO Mohd Yusni Ariffin
“Memang kecewa apabila tidak dapat bersama rakan sepasukan tapi sebagai pemain anda kena terima perkara itu dengan positif dan perlu bekerja keras untuk meraih kembali tempat dalam skuad utama.
“Perasaan apabila tengok rakan sepasukan beraksi menentang Indonesia dan UAE sebelum ini membuatkan saya teruja untuk kembali dan terima kasih kepada jurulatih yang memberi peluang kepada saya,” katanya.
Selain itu, Aidil berkata, pengalaman menentang skuad Naga Emas sebelum ini akan digunakan sebaik mungkin bagi menghalang niat mereka meraih tiga mata.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 Oktober 2019 @ 12:43 PM
No comments:
Post a Comment