Ad

Friday, 18 October 2019

Main ibarat aksi final

Main ibarat aksi final
MyMetroArena
Oleh Rizar Mohd Noor
sukanteam@nstp.com.my

Pemain pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak menganggap pertembungan menentang Selangor di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam esok sebagai final Piala Malaysia dan bukannya separuh akhir.

Bagi Aidil, setiap perlawanan yang diharungi dianggap final kerana ia akan memberi lebih motivasi kepada dirinya dan rakan sepasukan untuk memperaga permainan lebih mantap.

Katanya, selepas menewaskan Terengganu 5-1 secara agregat pada aksi suku akhir, laluan skuad Harimau Selatan tetap berliku memandang saingan Piala Malaysia berbeza berbanding Liga Super.

“Alhamdulillah, kami layak ke peringkat seterusnya tapi saya tidak menganggap ia perlawanan separuh akhir, sebaliknya setiap aksi yang kami harungi adalah final. Semestinya kami mahu beri yang terbaik apatah lagi ia berlangsung di laman sendiri kerana kami perlu cari bekalan selesa untuk di bawa ke Shah Alam.

“Kami akan menentang Selangor yang juga pasukan berpengalaman dalam kancah Piala Malaysia. Bagaimanapun keutamaan saya dan pasukan ialah untuk membuat persiapan rapi,” katanya.

Aidil bakal akur dengan taktikal yang dibentuk Luciano Figueroa dan Benjamin Mora untuk berdepan Red Giants, esok.

Katanya, persiapan berjalan lancar dan sokongan padu penyokong amat penting bagi meningkatkan semangat Harimau Selatan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Oktober 2019 @ 6:30 AM

No comments:

Post a Comment