1.
Malaysia berikan tentangan
Secara
keseluruhannya, ini merupakan aksi melawan daripada pasukan Malaysia,
berhadapan dengan pasukan di ranking ke-65 dunia.
Malaysia
melakukan lebih banyak percubaan tepat ke gawang lawan dan memiliki
penguasaan bola yang hampir seimbang.
Jika
sebelum ini, susah nak melihat Malaysia mendapat 40% penguasaan bola
dalam perlawanan seperti ini.
Gaya
permainan Malaysia pada malam semalam menunjukkan bahawa kita bukan
pasukan belasahan seperti yang pernah kita hantar menentang UAE
dahulu.
2.
Syafiq Ahmad penjaring ekstra
Dalam
sesebuah pasukan yang baik, perlu ada penjaring ekstra, jika
penyerang utama ataupun penyerang sayap tidak dapat melaksanakan
tugas.
Dalam
2 perlawanan, Syafiq Ahmad membuktikan beliau ada kualiti tersebut.
Beraksi dalam posisi lebih kepada box to box, Syafiq Ahmad adalah
ancaman utama kepada lawan ketika petarungan secara aerial.
Foto:
FAM
Namun
kami masih mahukan Syafiq Ahmad memperbaiki aspek seperti kreativiti
dan juga konsistensi sepanjang 90 minit.
Sistem
4-2-3-1 Tan Cheng Hoe memang dikenali dengan kebergantungan kepada
pemain tengah defensif (AM).
3.
Pertukaran pemain Tan Cheng Hoe
Tan
Cheng Hoe berhadapan dengan sedikit kerosakan pelan pertukaran
apabila Sumareh terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan.
Namun
sebenarnya, Sumareh sudah mengalami kecederaan lebih awal. Mungkin
TCH harus menangguhkan dahulu pertukaran Norshahrul, kerana ada
pemain yang cedera.
Ini
dengan memantau perkembangan Sumareh terlebih dahulu, jika beliau
tidak mahu melakukan pertukaran terus bertukar kepada Sumareh.
Secara
tidak langsung, apabila mengeluarkan Norshahrul dan Sumareh,
bermakna, terlalu banyak pertukaran melibatkan pemain di serangan.
Lebih
sukar, pemain yang masuk menggantikan mereka lebih kepada pemain
defensif dan juga pemain sisi klasik (side midfielder).
Kualiti
pemain yang digelar ‘depth player’ agak ketara. Mereka gagal
untuk menampung kualiti yang ditinggalkan pemain utama, terutama
sekali Sumareh.
Secara
kasarnya, pertukaran Ah Hoe kali ini kurang memberikan impak.
4.
Taktikal Tan Cheng Hoe
Tan
Cheng Hoe jelas sekali membuatkan pasukan Harimau Malaya lebih
bertaktikal. Ada orientasi yang jelas ketika ada bola di kaki.
UAE
tidak terlalu superior dalam pertarungan taktikal. Malah mereka
sendiri banyak turun bertahan dan berkampun di kawasan mereka dalam
beberapa fasa, dek kerana serangan kita.
Berlaku
pattern permainan yang lebih jelas, pemain bek sisi ditolak ke tempat
yang sangat tinggi dan pemain no.6 akan menjadi ‘half back’ untuk
melancarkan lagi sistem binaan serangan daripada belakang.
Ali
Mabkhout
Ketika
bertahan, Malaysia lebih cepat untuk ‘reshape’. Cuma masalah yang
sama seperti perlawanan menentang Indonesia di mana berlaku kesilapan
individu ketika proses, pasukan sudah menolak pemain ke atas. Ini
membuatkan berlaku numerical disadvantage.
5.
Isu teknikal
Jika
secara taktikal, kita membuktikan kita kompeten dalam perlawanan ini.
Terutama sekali pada kedudukan ketinggalan 1-2. Di mana, pergerakan
bola di antara pemain lebih laju dan intensif.
Foto:
FAM
Secara
teknikal pula, Malaysia masih sukar bersaing dengan ‘Pak Arab’.
Kesilapan
individu itu memang akan berlaku. Namun dalam situasi gol kedua
misalnya, Adam Nor Azlin melakukan tindakan yang betul untuk
‘recover’ daripada kesilapan rakannya. Cuma pada fasa beliau cuba
melakukan ‘body charge’, beliau pula yang terpelanting.
Seterusnya,
ketika serangan, pertahanan UAE banyak sekali mematikan serangan
dengan corak fizikal yang membuatkan pemain kita tewas.
Bagaimana
nak mengatasi perkara itu?
Anda
baca balik perenggan pertama, butiran ke-5 ini. Elakkan pertarungan
fizikal yang terlalu kerap. Ini dilakukan dengan melakukan lebih
banyak permainan kombinasi dengan gerakan dan hantaran antara pemain
yang laju.
Ketika
bertahan, banyakkan latihan untuk mematikan bola secara terus,
berbanding dengan usaha untuk bersaing fizikal.
6.
Isu defensif
Ini
adalah perlawanan yang kita rasa, kita boleh menang. Itu yang sangat
positif. Cuma kita dihampakan dengan kesilapan kita sendiri dan gagal
untuk recover.
Malaysia
selepas ini perlu fokus kepada isu bertahan dalam situasi seperti:
1.
Mengekang ancaman dari belakang – dalam perlawanan menentang
Indonesia lagi isu ini sangat kritikal. Namun kita berjaya ‘recover’
pada fasa akhir. Gol pertama UAE adalah kerana ancaman daripada
belakang pertahanan
2.
Elakkan kehilangan bola di garisan akhir – Gol pertama Indonesia
tempoh hari, kita hilang bola di bek sisi dan terus pasukan lawan
dapat gol. Gol kedua UAE, kita hilang bola di garisan akhir.
Terima
kasih Harimau Malaya
Secara
keseluruhannya, kita boleh memuji tentangan yang diberikan oleh
Malaysia pada kali ini.
Sayang
sekali, lawan kita sangat opportunist dengan peluang yang ada.
Semoga
kita lebih baik di masa akan datang. Tan Cheng Hoe pastinya ada kerja
rumah tersendiri untuk memikirkan pembentukan pasukan dalam tugasan
yang akan datang.
Selamat
berehat kepada pasukan Malaysia dan Terima kasih kepada semua pemain
dan pegawai pasukan yang sangat komited dalam tugasan kali ini.
Terutama sekali malam di SGBK.
_____________________________________