Oleh SUFIAN HADI SOJAK
21 Mei 2021, 12:33 pm
PETALING JAYA: Tidak perlu bimbang dengan impak yang bakal diterima susulan penarikan diri Korea Utara, sebaliknya Harimau Malaya perlu memberikan tumpuan penuh terhadap baki saingan Kumpulan G dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Itu tegas pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan terhadap Harimau Malaya selepas mental mereka dicabar awal susulan pengunduran Korea Utara daripada kempen kelayakan tersebut yang akan bermula bulan depan.
Kebiasaannya, impak daripada pengunduran tersebut menyebabkan keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira.
Jika ia benar terjadi, bermakna pungutan enam mata Malaysia susulan dua kemenangan ke atas Indonesia dalam Kumpulan G tidak akan dikira.
PEMAIN Harimau Malaya menjadi sesi latihan pertama di Dubai malam tadi.
“Situasi yang kita hadapi sekarang adalah satu isyarat untuk kita melakukan persiapan terbaik serta fokus bagi memenangi baki perlawanan supaya tidak bimbang dengan keputusan Korea Utara menarik diri.
“Saya tahu keadaan agak sukar, namun saya yakin dan percaya rakan sepasukan akan berjuang habis-habisan bagi memastikan kami dapat mengutip mata maksimum,” kata Brendan semalam.
Dalam masa sama, kapten Red Giants itu berkata, motivasi semua pemain berada pada tahap terbaik menjelang dua aksi persahabatan menentang Kuwait Ahad ini dan Bahrain (28 Mei).
“Semangat semua pemain berkobar-kobar untuk berikan yang terbaik buat negara. Kita perlu manfaatkan setiap peluang yang ada sebaiknya bagi melakar sejarah baharu untuk Malaysia,” katanya.
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe bagaimanapun masih berpeluang ke slot automatik Piala Asia 2023 dan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 menerusi kedudukan tempat kedua terbaik.1
____________________________________________________________
1https://www.blogger.com/blog/post/edit/5613525887444440588/7540854950379526238(diakses pada 21 Mei 2021)
No comments:
Post a Comment