Oleh Syafiq Aznan - Mei 21, 2021 @ 4:29pm
syafiq.aznan@bh.com.my
.
Liridon (kiri) bertemu idolanya, Ronaldinho ketika di Dubai.
KUALA LUMPUR: 'Ronaldinho pun ucapkan selamat maju jaya kepada Malaysia.'
Itu antara perkongsian pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi yang sebelum ini berkesempatan bertemu dengan legenda bola sepak Brazil itu apabila berkongsi gambar mereka berdua di laman Instagramnya.
Pemain berusia 29 tahun itu mengakui dia seakan tidak percaya apabila berpeluang bertemu secara 'empat mata' dengan Ronaldinho memandangkan bekas pemain tengah Barcelona itu sememangnya menjadi idola bola sepaknya.
"Saya berada di pantai dan dia sedang berjalan. Saya tertanya-tanya adakah benar itu Ronaldinho dan dia menuju ke lounge peribadinya. Ketika itu, saya tidak rasakan apa apa kerana saya hanya melihat dia berlalu buat kali pertama.
Latihan terhad bukan alasan tak boleh gegar bumi UAE
"Bolehkah saya bercakap dengannya? Mujurlah saya mengenali pengurus kelab di pantai itu dan saya bertanya kepada Ronaldinho sama ada kita boleh berbual. Dia katakan okay dan kami pun bercakap mengenai beberapa perkara.
"Saya katakan yang saya akan mengharungi Kelayakan Piala Dunia bersama Malaysia dan dia ucapkan semoga berjaya. Saya begitu mengaguminya dan dia adalah individu yang sangat baik," katanya.
Dalam perkembangan lain, pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui penghijrahannya ke Newcastle Jets secara pinjaman sememangnya membantu dia untuk berada pada tahap lebih baik sebelum menyertai kem latihan skuad kebangsaan di Dubai.
Malah, dia juga gembira apabila selesai menjalani latihan bersama skuad kebangsaan pada hari pertama kelmarin dan situasi itu membuatkan dia terus teruja untuk membalas kepercayaan jurulatih yang memanggilnya untuk kempen penting itu.
"Saya lihat kita memiliki pemain yang baik. Saya gembira menyertai sesi latihan dan bertemu rakan yang lain selepas beberapa bulan. Saya mengenali semua pemain yang ada dalam skuad kebangsaan.
"Saya belajar banyak perkara di Australia dan mereka turut memberikan pengajaran untuk masa hadapan. Selepas berada di sana, saya berada dalam prestasi yang terbaik dan keadaan yang positif," katanya.
Liridon antara empat pemain yang berkelana di luar negara menyertai Harimau Malaya bersama-sama Junior Eldstar, Dominic Tan dan Luqman Hakim Shamsuddin di Dubai sebagai persiapan mengharungi perlawanan persahabatan dan pusingan kedua kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023.1
__________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment