Ad

Saturday 22 May 2021

FAM Hantar Surat Rayuan Rasmi Kepada FIFA Berhubung Kesan Penarikan Diri DPR Korea Daripada Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023



Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah menghantar surat rayuan rasmi kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya membuat ketetapan yang adil dan saksama kepada semua pasukan terlibat dalam saingan Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Ia ekoran penarikan diri pasukan DPR Korea yang membawa pelbagai kemungkinan termasuk pungutan mata ke atas pasukan tempat terakhir setiap kumpulan tidak akan dikira, sekali gus menyukarkan perancangan serta peluang kebanyakan pasukan memandangkan Pusingan 2 itu sudah memasuki penghujung saingan dengan berbaki tiga atau empat perlawanan.

Dalam surat rayuan tersebut, FAM menegaskan supaya FIFA perlu tampil dengan satu penyelesaian atau ketetapan yang saksama kepada semua pasukan dengan menitik beratkan semangat 'Fair Play' dan mengambil kira faktor integriti dalam sukan.

Stuart Ramalingam

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

#FAM #HarimauMalaya.1

_____________________________________________________

No comments:

Post a Comment