Ad

Wednesday, 26 May 2021

Skuad Harimau Malaya kini berlatih di Bahrain


Oleh Syafiq Aznan - Mei 25, 2021 @ 4:21pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Skuad kebangsaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketika dalam perjalanan ke Manama, Bahrain bagi menjalani latihan kira-kira seminggu. - Foto ihsan Facebook FAM.

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya 'bertukar angin' seketika apabila berlepas ke Manama, Bahrain selepas lebih seminggu mengharungi persiapan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Mereka ke Manama untuk meneruskan kem latihan pusat dan berdepan perlawanan persahabatan menjelang baki tiga perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, bulan depan.

Di Manama, mereka akan mengharungi aksi persahabatan Tier 1 menentang Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, awal pagi Jumaat ini.

Ini adalah aksi persahabatan terakhir untuk skuad bimbingan Cheng Hoe dan selepas itu, mereka akan kembali ke Dubai untuk persiapan terakhir bagi tiga aksi penting bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.

Sebelum ini, mereka sudahpun menentang Kuwait bagi aksi latihan pada awal pagi Isnin lalu namun mereka tewas 4-1 pada aksi di Stadium 7he Sevens, Dubai itu.

Untuk rekod, skuad kebangsaan ketika ini menghuni tangga kedua dengan sembilan mata, dua mata di belakang Vietnam selaku pendahulu Kumpulan G.

Thailand mengikuti rapat di tangga ketiga dengan lapan mata diikuti UAE dengan enam mata namun kekurangan satu perlawanan berbanding tiga pasukan di atas mereka.1

________________________________________________________

No comments:

Post a Comment