Ad

Sunday, 23 May 2021

Jangan jadi 'Harimau Kertas'

Oleh Syafiq Aznan - Mei 22, 2021 @ 5:41pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Dubai.

Kuala Lumpur: Skuad Harimau Malaya kali ini boleh dianggap antara yang paling 'garang' terutama dengan kehadiran tiga pemain naturalisasi, enam pemain berdarah kacukan dan empat pemain berpangkalan di luar negara.

Justeru, mereka seharusnya boleh memberi saingan kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand pada baki aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 sekali gus mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 dan tiket automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Bagaimanapun, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe melihat ia lebih kepada kekuatan sekadar di atas kertas sekali gus menuntut anak buahnya supaya terus bekerja keras bagi memastikan 'taring' Harimau Malaya terus 'tajam'.

"Kalau kita lihat di atas kertas, memang kita dapat kumpulkan barisan terbaik di setiap posisi namun apa yang penting ialah bagaimana mereka boleh bermain sebagai satu unit. Keserasian adalah aspek yang perlu diberikan perhatian.

Cheng Hoe risau padang hancur sebelum bertempur

"(Kekuatan) atas kertas sahaja. Jadi, dengan beberapa siri perlawanan persahabatan dan sesi latihan dan taktikal, kita harap dapat meraih keputusan positif sebelum membuka kempen kelayakan.

"Pemain juga tahu cabaran kali ini sangat berbeza kerana kita tidak beraksi di laman sendiri dan tanpa sokongan penyokong. Jadi, mereka perlu sentiasa kuatkan mental dan fizikal untuk hadapi perlawanan penting ini," katanya.

Ketika ini, skuad kebangsaan sudahpun berada di Dubai untuk melakukan persiapan dan ketibaan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin kelmarin melengkapkan senarai 25 pemain bagi skuad Cheng Hoe.

Dalam masa sama, Cheng Hoe mahukan anak buahnya dapat terus menyesuaikan diri dengan cabaran baharu khususnya selepas mereka bakal 'dipanggang' dengan cuaca di Dubai yang boleh mencecah setinggi 41 darjah Celcius.

"Apabila kita sampai di sana semalam (kelmarin), keadaan tidaklah begitu panas namun suhu maksimum adalah 41 darjah Celcius. Namun apabila menghampiri petang untuk kami menjalani latihan, suhunya agak menurun.

"Saya harap pemain lebih cepat dapat sesuaikan diri dengan cuaca dan masa di sini. Ia bukan perkara mudah tetapi kita kena berfikiran positif kerana kita mahukan persiapan pasukan berjalan dengan lancar.

"Berdasarkan skuad yang lengkap, pemain nampak ceria dan tenang tetapi tumpuan tetap kepada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023," katanya.1

____________________________________________________

No comments:

Post a Comment