Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my
ZAINAL akan kekal bimbing Melaka United. FOTO Syafeeq Ahmad
Melaka: Jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan kekal mengendali kelab itu sehingga tamat musim ini walaupun terdapat ura-ura akan digantikan sebelum ini.
Pemilik Kelab Bolasepak Melaka United (MUFC), Datuk Seri Justin Lim berkata, pihaknya bersetuju untuk mengekalkan Zainal Abidin Hassan sebagai ketua jurulatih MUFC sehingga tamat musim ini.
Menurutnya, lebih menarik skuad terbabit bakal menerima kehadiran pemain dari Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Gary Steven Robbat yang semakin hampir menyertai kelab itu secara pinjaman.
"Dua pemain import baharu kita dari Brazil juga kini sudah sampai dan sedang dikuarantin sebelum menyertai sesi latihan sedikit masa lagi.
"Kita berharap kehadiran pemain-pemain baharu ini dapat membantu MUFC memperoleh keputusan yang lebih baik dalam baki perlawanan Liga Super musim ini," katanya.
Sementara itu, dia turut mengambil alih tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif kelab berkenaan berkuatkuasa serta merta sehingga tamat musim ini susulan peletakan jawatan, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.
Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengadakan perbincangan bersama Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Seri Negeri semalam.
Beliau berkata, Saiful memaklumkan dia mahu meletak jawatan bagi memberi tumpuan kepada perniagaannya."Walaupun berat, kami terpaksa menerima peletakan jawatannya dan saya akan mengambil alih tugas berkenaan sehingga akhir musim," katanya.Semalam media melaporkan Datuk Saiful Mat Sapri melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United FC (MUFC), semasa pertemuan bersama pengurusan MUFC di Ayer Keroh.Disiarkan pada: Mei 19, 2021 @ 12:50pm.1
No comments:
Post a Comment