Ad

Wednesday 26 May 2021

Bahrain ujian terbaik Harimau Malaya

Firdaus Hashim

firdaushashim@hmetro.com.my



CHENG Hoe (kanan) ketika mengendalikan sesi latihan Harimau Malaya. FOTO FB FAM

Kuala Lumpur: Apa jua keputusan aksi persahabatan menentang Bahrain bakal menjadi cerminan sebenar peluang skuad Harimau Malaya pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 khususnya membabitkan aksi getir berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun ini.

Menurut pengendali negara, Tan Cheng Hoe, adalah mustahak buat skuad kendaliannya bangkit mencipta keputusan lebih positif bertemu Bahrain di Stadium Nasional Bahrain, Riffa, Jumaat ini memandangkan kedua-dua pasukan turut memiliki corak permainan yang hampir serupa.

"Sudah tentu paling penting kita akan gunakan aksi menentang Bahrain ini sebaiknya dan lihat adakah kita mampu memberi saingan dan menahan tekanan daripada Bahrain, kerana tahap kedua-dua pasukan (termasuk UAE) tidak jauh beza dari segi permainan.

"Kita kena mula sekarang untuk bersedia bermain dengan Bahrain, di mana corak kedua-dua lebih kurang sama. Kita kena tahu bagaimana untuk menangani serangan lawan dan bagaimana melancarkan serangan nanti.

"Jika kita mampu raih keputusan positif, pastinya kita juga sudah bersedia untuk perlawanan sebenar menentang UAE nanti," katanya pada sidang media secara maya.

Menurut Cheng Hoe, barisan pertahanan negara perlu bangkit memperkemaskan aksi selepas beliau mengakui antara kelemahan ketara ketika skuad negara tumbang 1-4 di tangan Kuwait pada aksi persahabatan tertutup Ahad lalu berpunca daripada bahagian itu.

Bagaimanapun, beliau mengakui Bahrain yang kini menghuni tangga ke-99 dunia bukanlah calang-calang pasukan apatah lagi baru-baru ini pasukan itu hampir memalukan Ukraine apabila mengikat 1-1 skuad yang menduduki ranking ke-24 dunia itu.

"Pertahanan kita agak longgar ketika menentang Kuwait dan saya percaya itu adalah pengajaran berguna buat pasukan. Pemain sudah belajar daripada kesilapan itu dan akan bangkit semula dalam aksi berikutnya," katanyaDisiarkan pada: Mei 27, 2021 @ 12:33am.1

____________________________________________________

No comments:

Post a Comment