Ad

Sunday, 23 May 2021

Bongkah ais sebesar separuh saiz Kedah pecah di Antartika

Agensi



BONGKAH ais A-76 yang pecah. FOTO ESA.

Paris: Sebuah bongkah ais yang pecah di Antartika dianggarkan bersaiz separuh daripada keluasan negeri Kedah sedang hanyut ke Laut Weddell di Lautan Selatan.

Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) mengesahkan, bongkah ais berkeluasan 4,320 kilometer (km) persegi, sepanjang 170 km dan 25 km lebar itu dikatakan terbesar di dunia.

Bongkah ais yang digelar saintis sebagai A-76 itu, pecah pada bahagian barat Ronne Ice Shelf selepas dikesan Tinjauan Antartika Britain.

Ia kemudian disahkan Pusat Ais Kebangsaan Amerika Syarikat yang berpangkalan di Maryland dengan menggunakan imej dari satelit Copernicus Sentinel-1

Bongkah A-76 mengatasi rekod bongkah ais A-23A bersaiz 3,880 km persegi pernah diiktiraf sebagai yang terbesar di dunia sebelum ini.

Penyelidik Glaciologi Universiti Colorado di Boulder, Ted Scambos berkata, pemecahan A-76 yang kemungkinan menjadi dua atau tiga bahagian tidak berkaitan dengan perubahan iklim.

"Ronne Ice Shelf dan beberapa lagi bongkah ais, Ross dikenali antara yang stabil secara berkala sejak lebih satu abad lalu.

"Ini kerana ais sudah terapung di permukaan laut sebelum bergerak keluar dari kawasan pantai, malah pemecahannya tidak menaikkan permukaan lautan," katanya dalam portal The Sun.

Beberapa bongkah ais di Semenanjung Antartika, lebih jauh dari Kutub Selatan mengalami pemecahan yang pantas dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan Amerika Syarikat, saintis percaya fenomena ini kemungkinan berkaitan dengan pemanasan global.Disiarkan pada: Mei 23, 2021 @ 6:20am.1

1https://www.youtube.com/watch?v=hro0ZtYk1ts

No comments:

Post a Comment