SUKAN
KANE meledak satu gol ketika Spurs mencatat kemenangan 4-2 ke atas Leicester sekali gus muncul sebagai penjaring terbanyak musim ini. – EPL
Anugerah Kasut Emas milik Kane
Oleh KOSMO!
25 Mei 2021, 11:15 am
LONDON – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali ketiga dalam kariernya selepas meledak 23 gol pada saingan musim ini.
Kapten England itu memastikan gelaran tersebut menjadi miliknya dengan kelebihan satu jaringan ke atas pencabar terdekat, Mohamed Salah dari Liverpool selepas meledak satu gol ketika menewaskan Leicester City 4-2 kelmarin.
Kejayaan hatrik muncul sebagai penjaring terbanyak menyaksikan Kane mengikut jejak bekas penyerang England dan Newcastle United, Alan Shearer dan kini cuma ketinggalan satu lagi koleksi di belakang legenda Arsenal, Thierry Henry.
Kecemerlangan Kane, 27, secara tidak langsung menguntungkan Spurs yang bangkit daripada ketinggalan untuk meraih tiga mata berharga sekali gus menduduki tempat ketujuh dan layak ke Liga Europa Conference musim depan.
Dalam aksi itu, Spurs terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Leicester menerusi sepakan penalti Jamie Vardy sebelum Kane menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama.
Leicester kembali di hadapan, sekali lagi menerusi sepakan penalti Vardy, namun Spurs berjaya menyamakan kedudukan selepas Kasper Schmeichel menjaringkan gol sendiri.
Skuad bimbingan Ryan Mason itu memastikan kemenangan menjadi milik mereka menerusi dua gol lewat permainan daripada pemain gantian, Gareth Bale pada minit ke-87 dan 96.
Ia besar kemungkinan bakal menjadi penampilan terakhir Kane bersama Spurs yang sebelum ini mendedahkan mahu mencari angin baharu bersama pasukan lain dalam usaha memenangi trofi buat dirinya. – AGENSI.1
1https://www.kosmo.com.my/2021/05/25/anugerah-kasut-emas-milik-kane/
No comments:
Post a Comment