Ad

Thursday 20 May 2021

Malaysia Airlines terbangkan Harimau Malaya ke Dubai dan Manama

2021-05-21T01:00:02+08:00



Kapten Izham (dua kiri) menghantar pasukan Harimau Malaya di KLIA pagi semalam bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Dubai.

SOKONGAN: Kapten Izham (dua kiri) menghantar pasukan Harimau Malaya di KLIA pagi semalam bagi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Dubai.

KUCHING: Malaysia Airlines, rakan penerbangan rasmi bagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbangga menerbangkan pasukan Harimau Malaya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain untuk menyertai perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, pagi semalam.

Pesawat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 9 pagi membawa 45 pemain dan pegawai diketuai Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin dan dijadual tiba di Dubai pada 12.20 tengah hari, waktu tempatan.

Sebagai sokongan kepada pasukan bola sepak negara, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Berhad Kapten Izham Ismail menghantar pemain bertolak menaiki pesawat MH8436 di KLIA.

Kapten Izham dalam pada itu berkata: “Kami berbangga menjadi sebahagian daripada sejarah dalam menyokong pasukan Harimau Malaya membawa nama Malaysia ke pentas dunia.

Sebagai rakan penerbangan rasmi bagi FAM, Malaysia Airlines kekal komited untuk menawarkan standard keselamatan dan kebersihan tertinggi dalam pesawat untuk memastikan pasukan Harimau Malaya dapat terbang yakin dan cemerlang pada perlawanan terutama ketika pandemik COVID-19 ini,” katanya.

Bagi meraikan pencapaian pasukan Harimau Malaya untuk penyertaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, Enrich, mengajak semua peminat Harimau Malaya mendapatkan kad Enrich x FAM Harimau Malaya dengan logo ikonik Harimau Malaya.

Kad esklusif ini menyediakan keistimewaan khas seperti peraduan untuk ahli sahaja menonton perlawanan Harimau Malaya, jemputan eksklusif bagi acara FAM terpilih, diskaun khas dari rakan Enrich dan banyak lagi.

Pasukan Harimau Malaya akan bermain dua perlawanan menentang Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama sebelum memulakan perlawanan tiga terakhir Kumpulan G.Pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Dubai menentang UAE (3 Jun), Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).

Hamidin dalam pada itu menyatakan penghargaan atas sokongan Malaysia Airlines kepada pasukan Harimau Malaya ketika misi penting untuk melayakkan diri ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan secara automatik layak ke final Piala Asia 2023.

Komitmen dan sokongan Malaysia Airlines kepada pasukan kebangsaan tidak dapat dipersoalkan sejak kerjasama antara dua pihak diwujudkan pada 2018.

Menerusi kerjasama ini perjalanan pasukan Tan Cheng Hoe ke Dubai akan lebih selesa,” katanya.

Hamidin turut berharap hubungan antara FAM dan Malaysia Airlines dapat bertahan dan berterusan pada masa akan datang.1

____________________________________________

No comments:

Post a Comment