Ad

Thursday, 20 May 2021

Ini baru perlawanan ‘separuh akhir’ – Klopp

Oleh UTUSAN MALAYSIA

20 Mei 2021, 8:57 am



BURNLEY: Jurgen Klopp menghambur pujian atas kejayaan Liverpool menumpaskan Burnley 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pagi tadi, namun menegaskan ia cuma perlawanan ‘separuh akhir’.

Jaringan Roberto Firmino, Nathaniel Phillips dan Alex Oxlade-Chamberlain membolehkan Reds kembali dalam kelompok empat ketika saingan berbaki satu perlawanan.

Mereka berkongsi 66 mata bersama Leicester City, namun dipisahkan dengan perbezaan gol.

Itu bermakna Liverpool mesti menang aksi terakhir musim menentang Crystal Palace, Ahad ini dan Leicester pula akan bertemu Tottenham.

Chelsea yang berada di tangga ketiga, satu mata di depan Liverpool dan Leicester akan bertandang ke Aston Villa pada hari terakhir.

PEMAIN Liverpool meraikan kejayaan menewaskan Burnley di Turf Moor.

Ia perlawanan ‘separuh akhir’ dan kami menang tanpa bolos. Belum ada kepastian tapi kami berjaya memperbaiki kedudukan.

Pemain mempamer aksi terbaik dan berhak memenangi perlawanan. Lawan pula tidak dapat menembusi pertahanan kami.

Bobby (Firmino) menjaringkan gol. Kami juga ada dua peluang besar sebelum

Oxlade-Chamberlain menunjukkan skil hebat dan mengingatkan semua orang betapa bagusnya dia,” katanya.

Selepas menguasai perlawanan di Turf Moor, Klopp mahu anak-anak buahnya mengulangi aksi sama apabila menentang Palace untuk meraih tiket Liga Juara-Juara musim depan.

Kami akan mendapat sokongan 10,000 penonton di Anfield (bertemu Palace), saya tidak sabar,” kata Klopp berkenaan pertemuan menentang Burnley. – AGENSI.1

1https://www.utusan.com.my/sukan/2021/05/ini-baru-perlawanan-separuh-akhir-klopp/

No comments:

Post a Comment