Ad

Saturday, 22 May 2021

Aksi persahabatan ukur kemampuan Harimau Malaya

Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my



Penyerang naturalisasi negara, De Paula (kanan) menjalani latihan. FOTO Ihsan FAM

Kuala Lumpur: Perlawanan persahabatan membabitkan Kuwait dan Bahrain boleh dikatakan cukup penting untuk pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe dalam menentukan hala tuju atau taktikal sebelum menghadapi saingan sebenar Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023.

Pentingnya dua perlawanan itu berikutan sehingga kini kemampuan Harimau Malaya masih menjadi tanda tanya disebabkan hampir 20 bulan tidak mengharungi perlawanan kompetitif dengan kali terakhir adalah ketika menentang Indonesia dua tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Cheng Hoe berkata, tekanan yang diberikan oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE) yang bercita-cita mahu membelasah Malaysia pada aksi pertama di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun nanti menyebabkan dua perlawanan terbabit perlu dimanfaatkan buat pemain skuad kebangsaan untuk menyesuaikan diri dan mencari keserasian.

Katanya, pemain perlu menyedari bahawa cabaran kali ini berbeza berikutan perlu bermain jauh dari tanah air selain tanpa sokongan dari penonton.

"Beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan kali ini akan memastikan keserasian dari segi taktikal. Dari sini kita mengharapkan keputusan positif untuk menghadapi baki tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan nanti.

"Saya rasa pemain perlu kuat dari segi mental dan juga fizikal untuk hadapi UAE, Vietnam dan juga Thailand," katanya, dalam sidang media selepas hari kedua sesi latihan di Dubai.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe mengakui barisan pemain yang dibawa kali ini membabitkan pemain naturalisasi, kacukan dan pemain yang beraksi di luar negara adalah himpunan terbaik.

"Kalau kita lihat diatas kertas kita dapat kumpulan barisan terbaik di semua posisi, tapi itu hanyalah diatas kertas.

"Untuk bermain sebagai satu pasukan di mana keserasian itu penting," katanya.Skuad Harimau Malaya kini dibarisi beberapa pemain naturalisasi, kacukan serta beraksi di luar negara seperti Liridon, De Paula, Eldstal, Brendan Gan, Mohamadou Sumareh, Dominic Tan, Corbin Ong, Matt Davies, Samuel Somerville dan Luqman Hakim.

Untuk rekod, bagi aksi kelayakan, skuad Harimau Malaya akan bertemu tuan rumah UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada 3 Jun, diikuti aksi menentang Vietnam di Stadium Al Maktoum (11 Jun) dan berdepan Thailand juga di Stadium Al Maktoum (15 Jun).

Disiarkan pada: Mei 21, 2021 @ 8:44pm.1

__________________________________________________

No comments:

Post a Comment