Liridon Krasniqi
Kuala Lumpur: Status sebagai naturalisasi bukan tiket untuk pemain mendapat laluan mudah dalam kesebelasan utama skuad Harimau Malaya.
Perkara terbabit diakui pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi yang melihat setiap individu dalam pasukan perlu mempamerkan aksi terbaik jika mahu disenaraikan dalam kesebelasan utama.Liridon berkata, posisi bahagian tengah pasukan cukup sengit dengan beberapa pemain seperti Brendan Gan, Azam Azih, Syamer Kutty Abba dan Nazmi Faiz dilihat cukup mantap mengisi tempat berkenaan.
Bekas pemain Kedah itu berkata, status sebagai naturalisasi tidak memberi kelebihan sekali gus menuntutnya berusaha lebih keras bagi membuktikan kemampuan kepada barisan kejurulatihan.
"Saya sangat berbangga dapat bermain untuk Malaysia kerana semua pemain dilihat berada pada tahap baik sekali gus persaingan merebut posisi dalam kesebelasan utama juga tinggi.
"Status sebagai pemain naturalisasi bukannya kelebihan pada saya namun pada masa sama gembira rakan sepasukan mempamerkan komitmen tinggi dalam pasukan," katanya selepas hari kedua sesi latihan di Dubai, semalam.
Liridon atau mesra disapa Mat Don antara tiga pemain naturalisasi negara yang akan membantu skuad Harimau Malaya mengharungi dua perlawanan persahabatan menentang Kuwait dan Bahrain sebelum beraksi di pusingan kedua Kelayakan Piala Asia 2022/Piala Dunia 2023.
Dua lagi pemain naturalisasi yang disenaraikan adalah pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Mohamadou Sumareh dan Gulherme De Paula dengan masing-masing kemungkinan mengisi bahagian sayap dan serangan Harimau Malaya.Disiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 4:01a
___________________________________________
1https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2021/05/708638/naturalisasi-bukan-tiket-mudah-kesebelasan-utama
No comments:
Post a Comment