Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
FOTO FB Muhyiddin Yassin
Kuala Lumpur: Selamat berangkat dan berjuang Harimau Malaya. Itu kata-kata semangat Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin kepada skuad Harimau Malaya yang akan berlepas ke Dubai esok Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi memulakan persiapan dan latihan sebelum saingan sebenar bermula pada 3 Jun depan.Muhyiddin menerusi kenyataan di Facebooknya memaklumkan bahawa peminat bola sepak tanah air pastinya teruja menunggu aksi pasukan bola sepak negara pada baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 Zon Asia.
Menurutnya, seperti peminat di luar sana, beliau juga mengikuti perkembangan skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang dimaklumkan akan berlepas ke Dubai esok.
"Saya yakin skuad kebangsaan memiliki segala kebolehan dan ramuan untuk melakar kejayaan pada baki saingan menentang UAE, Vietnam dan Thailand yang diadakan secara berpusat di Dubai nanti.
"Harapan saya, begitu juga seluruh rakyat Malaysia, bermainlah dengan sepenuh hati. Insya-Allah, Harimau Malaya mampu mengaum megah dan melakar sejarah. "Selain aksi di atas padang, saya juga ingin berpesan supaya jagalah kesihatan dan keselamatan masing-masing. Semoga Jalur Gemilang berkibar megah dan anda semua kembali ke tanah air dengan selamat," katanya.
Skuad kendalian Cheng Hoe akan berlepas ke Dubai esok dalam siri perlawanan persahabatan pertama menentang Kuwait.
Selepas menentang Kuwait, skuad kebangsaan berlepas ke Manama untuk berdepan Bahrain pada 28 Mei dalam aksi persahabatan kedua yang juga perlawanan Kelas 1, sebelum kembali ke Dubai bagi menghadapi aksi pembukaan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Malaysia yang berada di kedudukan kedua akan bertemu UAE pada 3 Jun, diikuti aksi berdepan Vietnam (11 Jun) sebelum menamatkan kempen kelayakan menentang Thailand pada 15 Jun.Disiarkan pada: Mei 19, 2021 @ 8:44pm.1
________________________________________________
No comments:
Post a Comment