Ad

Sunday, 23 May 2021

Harimau Malaya hantar 'perisik'

Oleh Syafiq Aznan - Mei 23, 2021 @ 2:05pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Skuad Harimau Malaya menjalani latihan menjelang aksi persahabatan menentang Kuwait, malam ini.KUALA LUMPUR: Pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe merancang untuk menghantar 'perisik' untuk 'mengintai' aksi persahabatan antara Emiriah Arab Bersatu (UAE) menentang Jordan yang akan berlangsung di Stadium Zabeel, awal pagi Selasa ini.

Cheng Hoe menjelaskan pihaknya akan mencari jalan untuk menyelidik kekuatan UAE yang bakal menjadi lawan pertama mereka pada kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, bulan depan.

"Kita akan cuba memantau perlawanan itu namun perlawanan itu berlangsung secara tertutup. Jadi tidak mudah untuk kita tetapi kita akan mencari jalan untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai perlawanan itu.

"Kita mahu tahu cara permainan mereka dan juga pemain yang dipanggil mereka untuk kempen kelayakan kali ini," katanya.

Dalam perkembangan lain, Cheng Hoe menjelaskan dua aksi persahabatan bertemu Kuwait dan Bahrain akan menjadi medan terbaik untuk dia menilai kesediaan empat pemain yang berpangkalan di luar negara untuk bersama skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, menerusi sesi latihan yang berlangsung, Cheng Hoe dapat melihat mereka sudah berada dalam keadaan dan tahap kecergasan yang terbaik sekali gus percaya mampu menambahkan kekuatan skuad Harimau Malaya.

"Kita lihat Liridon baru sahaja habis perlawanan di Liga Australia, jadi kecergasannya berada pada tahap yang terbaik. Begitu juga dengan Dominic dan Junior di mana liga mereka sudah berakhir agak lama.

"Luqman menjalani latihan bersama pasukannya tetapi kita tahu menjalani latihan dengan perlawanan kompetitif adalah berbeza. Jadi, dalam dua aksi persahabatan ini, kita mahu lihat daripada segi kecergasan mental mereka untuk aksi kelayakan," katanya.1

_________________________________________________________

1https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2021/05/819840/harimau-malaya-hantar-perisik

No comments:

Post a Comment