Ad

Saturday 22 May 2021

PKPD: 5 kawasan di Sabah, Sarawak, Pahang bermula Isnin ini

Suraya Roslan dan Hafidzul Hilmi Mohd Noor

am@hmetro.com.my



Foto hiasan

Kuala Lumpur: Lima kawasan di Sabah, Sarawak dan Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 24 Mei hingga 6 Jun ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kawasan yang dikenakan PKPD itu adalah Kampung Melikai di Kuala Penyu, Silimpopon Estate serta Silimpopon Mill di Kalabakan, Sabah.

Menurutnya, turut dilaksanakan perintah itu adalah di Rumah Panjang Nyalu, Jalan Mukah-Selangau di Mukah, Sarawak.

"Selain itu, turut dikenakan PKPD ialah tujuh mukim dalam daerah Kuantan, Pahang iaitu Beserah, Kuala Kuantan 1, Kuala Kuantan 2, Penor, Sungai Karang, Ulu Kuantan dan Ulu Lepar.

"Turut dikenakan PKPD ialah taman perumahan dan perkampungan sekitar Gau, Temerloh iaitu Taman Gau Indah, Taman Gau Makmur, Taman Gau Aman, Taman Gau Idaman dan Kampung Gau Baru.

"Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di semua lokaliti berkenaan berkuat kuasa Isnin ini, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP) semalam, Ismail Sabri berkata, seramai 495 ditahan individu atas kesalahan ingkar SOP.

Menurutnya, seramai 476 dikompaun dan 15 individu direman, manakala empat lagi dijamin.

"Antara kesalahan ingkar SOP termasuk gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (180), tidak memakai pelitup muka (111), tiada penjarakan fizikal (64), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (9) dan lain-lain (131).

"Sebanyak 4,154 pasar raya, restoran (5,021), kilang (2,092) bank (3,927), pejabat kerajaan (1,029), penjaja (2,252), pasar awam atau tani (2,098), tempat ibadah (3,326) dan tempat riadah (1,841) diperiksa semalam," katanya.

Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakanDisiarkan pada: Mei 22, 2021 @ 7:27pm.1

1https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708933/pkpd-5-kawasan-di-sabah-sarawak-pahang-bermula-isnin-ini

No comments:

Post a Comment