Ad

Friday, 21 May 2021

Irfan sedia ganti Shahrul

Oleh Syafiq Aznan - Mei 21, 2021 @ 2:10pm

syafiq.aznan@bh.com.my



Irfan (dua dari kiri) ketika menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

KUALA LUMPUR: Ketika satu daripada dua tempat sebagai pertahanan tengah boleh dikatakan hampir pasti menjadi milik tonggak berpengalaman, Aidil Zafuan Abdul Radzak, tumpuan pasti terarah kepada siapa pemain yang bakal melengkapkan gandingan itu.

Ketiadaan seorang lagi pertahanan tengah, Shahrul Saad yang mengalami kecederaan menyaksikan empat pemain berpeluang untuk mengisi kekosongan terbabit iaitu Irfan Zakaria, Adam Nor Azlin, Junior Eldstal dan Dominic Tan.

Justeru, persaingan sengit pasti dapat disaksikan pada bahagian itu selepas keempat-empat pemain itu pasti memburu slot dalam kesebelasan utama bagi tiga aksi penting Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, bulan depan.

Bagaimanapun, bagi Irfan yang tampak lebih matang bersama KL City FC pada musim ini, dia mengakui masih belum berada pada tahap yang terbaik sekali gus akan terus berusaha dalam sesi latihan untuk mendapatkan kepercayaan barisan kejurulatihan.

Pertahanan berusia 25 tahun itu menegaskan, hanya kerja keras yang dapat membantunya ketika ini, apatah lagi perlu merebut tempat bersama dua pemain yang beraksi di luar negara iaitu Junior dan Dominic."Saya akan terus memberikan saingan kerana kita pun tidak tahu siapa yang akan diturunkan nanti. Apa yang boleh saya katakan adalah saya akan memberikan yang terbaik jika diberi peluang untuk bermain.

"Ada lagi kelemahan yang perlu diperbaiki pada sesi latihan. Banyak yang saya belajar daripada kesilapan dilakukan ketika latihan dan daripada situ, kita dapat kurangkan kesilapan dan ia beri keyakinan kepada kita," katanya.

Sebagai rekod, skuad kebangsaan sudah terbang ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) semalam dan akan mengharungi dua aksi pemanas badan terlebih dahulu bertemu Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama.Selepas itu, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu akan meneruskanbaki pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dengan tiga aksi penting bertemu UAE, Vietnam dan Thailand.1

_____________________________________________________

No comments:

Post a Comment