Ad

Sunday, 23 May 2021

Safawi masih digeruni




SAFAWI Rasid (dua dari kiri) menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya di Dubai. - IHSAN FAM

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

23 Mei 2021, 12:30 pm

KUALA LUMPUR: Muncul penja­ring kedua terbanyak pasukan kebangsaan dalam kempen pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, aura Safawi Rasid masih digeruni ­lawan.

Biarpun hampir setahun lebih tidak beraksi di pentas antarabangsa, status Safawi sebagai pemenang anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara AFC tahun lalu, selain menimba pengalaman di

Portugal bersama kelab Liga Primeira, Portimo­nense SC membuat lawan berwaspada dengan ancamannya.

Perkara itu dinyatakan pengendali Vietnam, Park Hang-seo dengan menamakan Safawi antara tonggak Harimau Malaya yang harus diberikan perhatian penuh oleh anak buahnya menjelang pertemuan mereka pada 11 Jun nanti.

Kalau jurulatih Vietnam cakap macam itu, bermakna pemain lain perlu ambil peluang dengan idea-idea kreatif bagi menembusi pertahanan ­Vietnam.

Saya harap rakan sepasukan mampu beri impak untuk membawa pasukan mara ke pusingan seterusnya,” kata Safawi dalam sidang akhbar selepas hari kedua sesi latihan di Dubai, semalam.

Bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu hanya ketinggalan satu gol di belakang Mohamadou ­Sumareh yang muncul penjaring terbanyak skuad Harimau Malaya dalam kempen tersebut dengan tiga gol.

Ketika ditanya mengenai dua aksi persahabatan menentang Kuwait, malam ini dan juga Bahrain (28 Mei), Safawi sedar ia adalah peluang terbaik untuk semua pemain menyesuaikan diri dan membentuk

keserasian selepas setahun lebih tidak bersama.

Esok (hari ini) kita ada aksi pemanas badan. Kalau boleh pemain perlu cepat menyesuaikan diri dan membentuk keserasian antara satu sama lain,” ujarnya.

Safawi tidak dapat bersama dalam kem latihan pertama di Johor Bahru, Mac lalu akibat kecederaan, namun dia me­nunjukkan prestasi memberangsangkan sebalik sahaja kembali beraksi bersama Harimau Selatan, malah turut menjaringkan gol ketika perlawanan ke-13 Liga Malaysia.

Prestasi tiada masalah dan rasa berada dalam keadaan yang baik.

Bantuan dan sokongan rakan sepasukan memainkan peranan penting untuk kembali di tahap sebenar.

Misi paling penting adalah membawa pasukan negara mara ke peringkat seterusnya,” jelas­nya.

Posisi Safawi juga turut tergugat dalam kesebelasan utama dengan kehadiran Arif Aiman Mohd Hanapi, selain Akhyar Rashid dan Sumareh juga mampu bermain di posisi sayap kanan atau kiri.

Semua yang ada ketika ini mempunyai tanggungjawab. Tidak kisah siapa akan bermain, ditugaskan mengambil sepakan percuma, penalti tetapi paling penting dilaksanakan sebaik mungkin,” ujarnya.1

___________________________________________________

No comments:

Post a Comment