(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 6)
OLEH AHMAD BIN YAAKOB
Tahun 1988 Azman Adnan ke Singapura untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah-Sekolah ASEAN Bawah 18 tahun. Jurulatih ketika itu M Karathu , dia terkejut dengan kemahiran Azman dan menyatakan Azman boleh pergi jauh dalam bola sepak. Perlawanan pertama Malaysia mengalahkan Hong Kong 2-0. Kedua-dua gol dijaringkan oleh Azman Adnan. Menurut Azman arahan M. Karathu mudah difahami. Semasa kejohanan Jurulatih M. Karathu kerap ke Bilik Azman Adnan bercerita tentang kerjayanya sebagai pemain bola sepak dan untyk memberi motivasi. M. Karathu yakin satu hari nanti Azman Adnan akan menjadi pemain bola sepak terkenal.1
________________________________________________
1 https://azmanadnan.com/biografi/ tarikh diakses pada 2 Februari 2021.
No comments:
Post a Comment