MyMetroArena
AFP
London: Masalah pertahanan rapuh boleh menghancurkan harapan Manchester United untuk meraih kejuaraan liga buat kali pertama selepas lapan tahun apabila mereka hanya mencatat keputusan seri 3-3 ketika berdepan Everton.
"Di bahagian serangan memang kami sangat cemerlang namun kami harus mencari jalan untuk mengelak daripada melepaskan gol mudah.
"Kami tidak bercakap mengenai memenangi kejuaraan liga. Pasukan ini sudah menempuh pelbagai rintangan," kata pengendali United, Ole Gunnar Solskjaer yang menganggap mereka sebagai pencabar kejuaraan adalah satu tanggapan keterlaluan.
United terlepas peluang untuk berkongsi kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas dua kali membiarkan pihak lawan menyamakan kedudukan.
Mereka hampir untuk mengutip mata sama dengan pendahulu liga, Manchester City, namun jaringan penyamaan di masa kecederaan Dominic Calvert Lewin menyekat hajat United.
Pada separuh masa pertama United berjaya meneruskan rentak menjaringkan gol yang dilakukan ketika membelasah Southampton 9-0 pertengahan minggu ini selepas tandukan Edinson Cavani dan rembatan lambung Bruno Fernandes membolehkan mereka mendahului 2-0.
Bagaimanapun, dua gol dalam tempoh tujuh minit oleh Abdoulaye Doucoure dan James Rodriguez pada awal separuh masa kedua menyaksikan kedudukan terikat 2-2.
Tandukan Scott McTominay membolehkan Red Devils kembali di depan 20 minit sebelum aksi sebenar tamat, namun Calvert Lewin bijak menyudahkan sepakan percuma pada masa kecederaan untuk mengikat kedudukan 3-3.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2021 @ 9:44 AM
No comments:
Post a Comment