DUNIA RAGAM GLOBAL
SEORANG pengguna Google Maps mendakwa menemui bayangan hantu (dalam bulatan) di tengah sebatang jalan di Kaherah, baru-baru ini. @EyadTheWoke/TWITTER
Pengguna Google temui ‘hantu badan separuh’
Oleh WAN AZHAR WAN ABDULLAH
24 Februari 2021, 10:00 am
KAHERAH – Seorang pengguna Google Maps di Mesir terkejut apabila melihat bayang-bayang ‘lembaga’ pada waktu siang semasa menggunakan aplikasi peta tersebut.
Bayang-bayang menyerupai seorang lelaki dengan badan terputus dua itu kelihatan di tengah jalan berhampiran sebuah bangunan flat dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
“Ini sangat luar biasa. Saya berjaya mengesan salah satu hantu di dunia ini tetapi malangnya, entiti itu terputus dua,” kata pengguna tersebut dalam komennya di laman Twitter.
Namun begitu, figura pelik itu dikatakan terhasil akibat pantulan cahaya matahari yang mengenai bangunan yang terletak di tepi jalan berkenaan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Google Maps kerap digunakan oleh netizen di seluruh dunia untuk ‘memburu’ entiti seram sebelum gambar-gambar mengenainya disebarkan di media sosial.
Sehingga kini, tidak ada sebarang kepastian sama ada penemuan mereka sahih ataupun sekadar gambar suntingan. – Agensi.SUMBER KOSMO ONLINE
No comments:
Post a Comment