Ad

Thursday, 18 February 2021

Bertuah Lulu dapat harta AS$5 juta

MyMetroGlobal



Agensi

Nashville: Seekor anjing betina jenis 'border collie' di Tennessee mungkin anjing paling bertuah di dunia apabila mewarisi kekayaan mendiang tuannya yang bernilai AS$5 juta (RM20.21 juta).

Ahli perniagaan Bill Dorris yang meninggal dunia pada usia 84 tahun, tahun lalu, mewasiatkan harta itu kepada anjing kesayangannya berusia lapan tahun, dikenali Lulu.

Mendiang juga menamakan jirannya, Martha Burton, 88, sebagai penjaga sah Lulu sekali gus membenarkan wanita itu mengeluarkan wang pada jumlah yang munasabah untuk kegunaan bulanan anjing terbabit.

Sebelum ini, Burton kerap menjaga Lulu disebabkan mendiang Dorris sering tiada di rumah kerana menguruskan perniagaannya.

"Saya tidak tahu apa harus difikirkan (mengenai wasiat). Dia (Dorris) memang sangat menyayangi anjingnya," kata Burton seperti dilapor UPI.

Wanita itu memberitahu dia gembira dapat menjaga Lulu dan katanya, "Lulu seekor anjing yang baik."

Dorris terkenal sebagai ahli perniagaan berjaya dalam bidang hartanah dan pelaburan serta tidak berkahwin.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2021 @ 11:21 AM



No comments:

Post a Comment