MyMetroArena
AP
London: Jose Mourinho memuji Dele Alli selepas pemain tengah itu memastikan Tottenham masih mampu menyelamatkan musim sukar mereka apabila menewaskan wakil Austria, Wolfsberger 4-0 pada perlawanan kedua pusingan 32 akhir Liga Europa.
Alli menjaringkan gol pembukaan di awal permainan babak pertama dan menjadi arkitek kepada gol kedua Carlos Vinicius.
Gareth Bale pula menjaringkan gol hasil hantaran Alli sebelum Vinicius menambah gol keempat sekali gus menyaksikan Tottenham mencatat kemenangan menerusi agregat 8-1 selepas menewaskan lawan 4-1 pada aksi pertama minggu lalu.
Meskipun sudah diramal mampu mara ke pusingan 16 terakhir selepas kemenangan selesa pada perlawanan pertama, Tottenham tidak berdepan tugas mudah pada musim ini.
Mourinho wajar berasa lega dalam usaha mengidupkan peluang pasukannya untuk layak beraksi di Liga Juara-Juara.
Alli memainkan watak penting selepas sekian lama tidak diturunkan oleh Mourinho.
"Saya tidak mahu memperkatakan mengenai jaringan gol kerana setiap orang pasti menyaksikannya.
"Tetapi bagi saya prestasi secara keseluruhan lebih penting. Alli beraksi dengan sangat baik dalam setiap aspek pada perlawanan itu," kata Mourinho.
SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Februari 2021 @ 9:17 AM
No comments:
Post a Comment