MyMetroMutakhir
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
Kuala Berang: Seorang penternak lembu di Kampung Lubuk Periuk di sini, menanggung kerugian hampir RM40,000 apabila 20 lembunya dibaham harimau belang sejak 10 tahun lalu.
Serangan terbaharu dilaporkan berlaku pada Khamis dan Sabtu lalu menyebabkan dua lembu milik Sumani Mohamad, 59, mati.
Selain menanggung kerugian itu, Sumani turut melahirkan kebimbangan sekiranya dia menjadi mangsa serangan ketika menguruskan ternakan di kandang berkenaan.
Katanya, gangguan pak belang itu sudah membelenggunya sejak 2011 dan setiap tahun akan ada lembu diternaknya mati akibat dibaham.
"Dalam kejadian terkini, saya sedar pada Khamis lalu apabila saya tiba di kandang, kira-kira jam 7 pagi dan melihat seekor lembu mati, manakala kejadian berikutnya berlaku kelmarin (Sabtu).
"Boleh dikatakan setiap tahun, pasti ada ternakan yang menjadi korban dan kebiasaannya empat hingga enam ekor akan mati.
"Kejadian ini bukan sahaja menyebabkan saya rugi tetapi turut dihantui kebimbangan dengan keselamatan diri saya sendiri ketika berada di kandang," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu Dr Abdul Malek Mohd Yusof ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dilakukan.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2021 @ 1:30 PM
No comments:
Post a Comment