Ad

Tuesday, 23 February 2021

Baarack sukar melihat, lima tahun bulu tidak dicukur

 Edgar’s Mission/ South West News Service



Baarack sukar melihat, lima tahun bulu tidak dicukur

Oleh KOSMO!

23 Februari 2021, 7:51 pm


SYDNEY, Australia – Seekor biri-biri liar di Lancefield, Australia akhirnya selesa apabila bulu seberat 34 kilogram (kg) pada badannya habis dipotong baru-baru ini.

Biri-biri jantan diberi nama Baarack itu bertahun-tahun hidup sendirian di hutan sehinggakan bulunya menebal dan mengganggu penglihatan, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Haiwan itu diselamatkan santuari tempatan yang membantu mencukur bulu Baarack selepas lima tahun disimpan.

Sukarelawan-sukarelawan santuari Edgar’s Mission itu mengambil masa sekitar sejam untuk membuang kesemua bulu Baarack. Proses mencukur bulu biri-biri biasanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Kami hairan bagaimana biri-biri ini bertahan di hutan sendirian dengan bebanan bulu yang sangat berat dan mengganggu penglihatannya.

Ramai tidak menyedari bulu yang tidak dicukur boleh menyebabkan pengumpulan kutu yang akan menjejaskan kesihatan biri-biri,” tulis Edgar’s Mission di Facebook.

Menurut kemas kini status itu, bulu biri-biri yang tidak dicukur juga boleh memperlahankan pergerakan binatang itu dan ia berpotensi menjadi sasaran haiwan pemangsa terutama jika hidup di rimba.

Baarack ditemui awal bulan ini ketika merayau sendirian di sebuah kawasan belukar di negeri Victoria.

Biri-biri itu akan meneruskan kehidupan baharu di pusat perlindungan haiwan Lancefield di mana bulu badannya akan dicukur mengikut keperluan. – Agensi SUMBER-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment