Ad

Friday, 26 February 2021

Arsenal, Man United teruskan kemaraan

MyMetroArena



AFP

Paris: Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan dua gol termasuk gol kemenangan lewat permainan sekali gus memastikan Arsenal layak ke pusingan 16 terakhir Liga Europa selepas melakar kemenangan 3-2 ke atas Benfica di Greece, hari ini.

Aubameyang meletakkan Arsenal di depan pada perlawanan di Stadium Karaiskakis tetapi Diogo Goncalves menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma dan Rafa Silva meletakkan Benfica di depan hasil kesilapan Dani Ceballos.

Kieran Tierney kembali menyamakan kedudukan untuk Arsenal dan Aubameyang menanduk masuk gol kemenangan hasil hantaran lintang Bukayo Sako tiga minit sebelum tamat permainan.

Arsenal mara dengan kemenangan agregat 4-3 susulan keputusan 1-1 pada perlawanan pertama di Rome.

"Setiap orang gembira hari ini. Ia membuatkan saya lebih bersemangat setiap hari, mempelajari kesilapan lalu dan menjadikannya sebagai satu kekuatan," kata Aubameyang kepada BT Sport.

"Pasukan mempamerkan karakter sebenar dan kami berhak untuk menang. Apa yang kami pamerkan pada perlawanan ini akan menjadi dorongan untuk aksi seterusnya."

Turut mara Manchester United yang seri tanpa jaringan di tempat sendiri bertemu Real Sociedad selepas melakar kemenangan 4-0 pada aksi pertama minggu lalu.

Leicester City yang menduduki tangga ketiga di belakang United pada saingan Liga Perdana Inggeris, bagaimanapun tersingkir selepas tewas 0-2 di tempat sendiri kepada juara Czech, Slavia Prague.

Lukas Provod meletakkan Slavia di depan selepas terikat tanpa jaringan pada perlawanan pertama dan Abdallah Sima memastikan kemenangan buat pelawat.

"Kami tidak mencipta banyak peluang sepanjang dua perlawanan ini. Kami tidak bertahan dengan baik dan memberikan gol mudah. Pasukan lebih baik berhak menang," kata pengendali Leicester, Brendan Rodgers.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Februari 2021 @ 8:29 AM

No comments:

Post a Comment