MyMetroArena
AFP
Rome: Juara bertahan Bayern Munich bangkit daripada prestasi hambar di saingan domestik apabila mencatat kemenangan 4-1 ke atas Lazio pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir aksi Liga Juara-Juara, hari ini.
Robert Lewandowski meletakkan Bayern di depan sebelum pemain berusia 17 tahun, Jamal Musiala menjaringkan gol pertama di Liga Juara-Juara pada hanya penampilan keempat di saingan Eropah itu.
Musiala yang akan berusia 18 tahun Jumaat ini kini adalah pemain Inggeris termuda meledak gol dalam sejarah Liga Juara-Juara.
Leroy Sane menghadiahkan gol ketiga untuk Bayern di Stadio Olimpico sebelum Francesco Acerbi menjaringkan gol ke gawang sendiri pada babak kedua.
Joaquin Correa cuba merapatkan jurang untuk Lazio di awal babak kedua.
"Kami agresif sejak awal dan kemudian mempamerkan aksi konsisten," kata pemain tengah Bayern, Leon Goretzka pada penampilan pertamanya selepas bebas daripada wabak Covid-19.
"Saya gembira dapat beraksi pada perlawanan ini selepas melalui tempoh sukar sejak beberapa minggu lalu.
"Keputusan ini amat penting selepas aksi hambar di saingan liga. Segala-galanya kini bertambah baik dan ia adalah langkah pertama kebangkitan kami."
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 8:16 AM
No comments:
Post a Comment