Ad

Thursday, 18 February 2021

Panda cari makan di penempatan penduduk

MyMetroGlobal



Agensi

Chengdu: Biro perhutanan tempatan mengesan panda liar di kawasan Boaxing, Wilayah Sichuan, barat daya China, minggu lalu.

Panda gergasi itu dikesan di perkampungan Jianlian pada 3 Februari, namun meninggalkan penempatan berkenaan, keesokan harinya.

Jurucakap biro, Zheng Congjun dilapor Xinhua sebagai berkata, panda itu berusia antara empat dan lima tahun, serta kelihatan sihat.

Menurut Zheng, ia berkemungkinan memasuki perkampungan berkenaan untuk mencari makanan selepas hutan buluh dilitupi salji tebal.

Biro perhutanan memaklumkan akan mengawasi panda liar di pergunungan demi kebajikan hidupan itu.

Wilayah terbabit dikenali sebagai 'habitat panda gergasi' memiliki 181 panda liar, menurut laporan kaji selidik kebangsaan keempat mengenai panda.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2021 @ 4:34 PM

No comments:

Post a Comment