Ad

Sunday 21 February 2021

HJ. ADNAN MELATIH AZMAN ADNAN

 HJ. ADNAN MELATIH AZMAN ADNAN

OLEH-AHMAD YAAKOB

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 3)


Azman menceburi bidang bola sepak kerana allahyarham bapa beliau Hj.Adnan Ahmad yang sentiasa memberi dorongan kepada Azman. Bapa Azman peminat tegar pasukan Selangor dan Malaysia. Beliau juga peminat allahyarham Mokhtar Dahari. Dia nampak kelebihan anaknya Azman untuk menjadi pemain bolasepak pada masa akan datang. (1)
Hj Adnan menyediakan jadual Latihan Azman Adnan setiap hari. Bangun pagi selepas subuh Azman turun berlatih di Padang Seri Melaka. Azman menjalani latihan dua jam pagi dua jam petang. Jiran-jiran tetanya-tanya kenapa anak Adnan berlatih bola sepak setiap pagi dan petang. Hj Adnan menjawab satu hari nanti Azman akan menjadi pemain bola sepak Malaysia.
Azman berlatih seorang diri dengan bekalan latihan yang diberi oleh bapanya Hj. Adnan Ahmad. Seorang bekas komando yang tidak pernah berputus asa dan yakin Azman Adnan menjadi pemain bolasepak Malaysia.(2)
SUMBER FOTO-CHANNEL THE AZMAN ADNAN.
----------------------------------
(1)Channel The Azman Adnan.
(2)Ibid.

No comments:

Post a Comment