Ad

Sunday, 14 February 2021

Ronaldo paling popular di media sosial

Februari 13, 2021 @ 1:37pm



Cristiano Ronaldo adalah selebriti pertama di dunia mempunyai 500 juta pengikut di media sosial. - Foto AFP

TURIN, Itali: Cristiano Ronaldo mencatat rekod baharu apabila jumlah pengikutnya di media sosial mencecah 500 juta.

Bintang Juventus dan Portugal itu adalah selebriti pertama mencecah angka berkenaan menerusi medium Facebook, Twitter dan Instagram.

Pemain bola sepak berusia 36 tahun itu mempunyai 124 juta pengikut di laman Facebook, 91 juta di Twitter dan 261 juta di Instagram.

Selain daripada akaun peribadi di Instagram yang mempunyai 386 juta pengikut, laman media sosial Ronaldo adalah yang paling popular di dunia.

BH teruskan legasi pada alaf baharu

Malah akaun YouTube pemenang lima kali Ballon d'Or itu, yang sudah tidak digunakan sejak empat tahun lalu, melebihi sejuta pengikut.

Seteru utama Ronaldo, Lionel Messi hanya mempunyai 90 juta pengikut di Facebook dan 183 juta di Instagram, manakala bintang Argentina itu tidak mempunyai akaun Twitter. - AGENSI.SUMBER-SUKAN BH ONLINE

No comments:

Post a Comment