Oleh Mohd Amin Jalil - Februari 20, 2021 @ 10:02pm
bhsukan@bh.com.
SEREMBAN: Selepas hasratnya untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini tercapai apabila diterima menyertai Sabah FC, N Thanabalan kini bertekad membalas kepercayaan diberikan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).
Bekas penyerang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) berusia 26 tahun itu, mahu memastikan kehadirannya dalam pasukan dapat memberi impak positif.
"Saya amat menghargai kesediaan Sabah menerima saya dan saya akan berusaha keras membalas kepercayaan diberikan itu.
"Memang rasa teruja selepas diterima sekali gus memberi peluang kepada saya untuk beraksi dalam Liga M musim ini," katanya.
Menurut bekas pemain Negeri Sembilan itu, ketika ini fokusnya untuk membentuk keserasian dengan pemain sedia ada, bagi memastikan Sabah mampu memberikan cabaran bermakna.
Pemain kelahiran Rantau Negeri Sembilan itu berkata, biarpun baharu empat hari mengikuti latihan di bawah bimbingan pengendali Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, namun dia yakin mampu mencapai tahap prestasi terbaik menjelang aksi pembukaan Liga Super, 5 Mac nanti.
Thanabalan yang beraksi bersama Perak II musim lalu, berkata sasarannya kini adalah mendapatkan kepercayaan Kurniawan bagi memastikan peluang berada dalam kesebelasan utama.
"Saya perlu bekerja keras dan memastikan prestasi di tahap terbaik," katanya.
SUMBER-BH ONLINE
No comments:
Post a Comment