Ad

Wednesday, 12 May 2021

Hamas tembak roket ke tengah, selatan Israel

Mei 13, 2021 @ 7:49am



Hamas menembak roket ke arah tengah dan selatan Israel semalam, sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel yang meranapkan menara Al-Sharouk di sini. - Foto EPA

GAZA: Hamas menembak roket ke arah tengah dan selatan Israel semalam, sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel yang meranapkan menara Al-Sharouk di sini.

Pergerakan pejuang Islam itu dalam satu kenyataan berkata, ia melancarkan 130 roket sebagai tindak balas ke atas serangan udara Israel yang turut membunuh orang awam.

Wartawan AFP dan tentera Israel mengesahkan siren berbunyi di beberapa komuniti selatan dan kawasan Tel Aviv.

Pekerja keselamatan melaporkan, seorang daripada yang terbunuh dalam tembakan roket itu ialah kanak-kanak lelaki Israel berusia enam tahun.

Petugas perubatan pula berkata, pelbagai lokasi di selatan Israel terkena tembakan sejumlah roket, yang menyebabkan kecederaan dan kematian.

"Seorang budak lelaki berusia enam tahun terbunuh ketika roket yang dilepaskan dari Gaza mengenai sebuah bangunan kediaman di Sderot," kata United Hatzalah.

Petugas perubatan, Magen David Adom berkata, mereka merawat enam yang lain di Sderot dan di bandar pesisir Ashkelon.

Menara Al-Sharouk, yang menempatkan biro saluran televisyen Al-Aqsa adalah struktur ketiga tertinggi yang musnah akibat tembakan Israel sejak kempen pengeboman bermula Isnin lalu.

Pejuang Islam Gaza melancarkan lebih 1,000 roket sejak Isnin, kata tentera Israel yang melakukan ratusan serangan udara ke atas kumpulan Islam di kawasan pantai yang penuh sesak di Gaza. - A.1

______________________________

1https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2021/05/816449/hamas-tembak-roket-ke-tengah-selatan-israel


No comments:

Post a Comment