3.2 Perjuangan
mencapai kemerdekaan
3.2.2 Perjuangan
Secara Berperlembagaan 1946-1960
Malayan Union 1946
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB.
Hasil Pembelajaran –menilai penentangan orang Melayu
terhadap Malayan Union.
Malayan Union
a.Latar belakang
Idea penubuhan Malayan
Union muncul berdasarkan Piagam Atlantik Ogos 1941,Iaitu memberi hak menentukan
nasib negara sendiri. Februari 1943, Pejabat Tanah Jajahan di London
merancangmewujudkan sistem kesatuan di Tanah Melayu. Pada 10 Oktober 1945,
rancangan Malayan Union diumumkan semasa persidangan Parlimen British. Pada 12
Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil khas mendapatkan
tanda tangan sultan. 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan.[1]
b.Perlembagaan
Malayan Union.
i.Pentadbiran
Perlembagaan Malayan Union menetapkan kesatuan
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, NMTB dan Neger-Negeri Selat diletakkan dibawah
kawalan Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Singapura kekal
sebagai tanah jajahan mahkota British dengan gabenonya sendiri. Singapura
diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas.
Gabenor akan
menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Eksekutif dan Majlis
Undangan.Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri selat akan diletakkan di bawah
kawalan terus kerajaan pusat. Seorang Pesuruh Jaya Negeri akan dilantik bagi
setiap negeri sebagai ketua pentadbir.
ii.Kedudukan sultan Melayu.
Mengikut perlembagaan baru ini Tanah Melayu menjadi
sebuah kesatuan (union) dan semua kuasa pemerintahan disatukan secara berpusat.
Kedudukan sultan dikekalkan tetapi kuasa baginda semakin berkurangan. Sultan
hanya menjadi penasihat kepada Gabenor. Baginda berkuasa ke atas hal ehwal
agama Islam dan adat istiadat Melayu. Raja-raja Melayu kehilangan kuasa sebagai
pemerintah berdaulat di negeri masing-masing. Kuasa kerajaan negeri diambil
alih oleh kerajaan pusat.[2] Sultan
menjadi ahli Majlis Raja-Raja Melayu.[3]
iii.Syarat kerakyatan
Perlembagaan Malayan Union memberi hak kewarganegaraan
yang sama bagi semua orang, tanpa mengira bangsa dan asal keturunan. Hak-hak
ini termasuklah peluang untuk memasuki perkhidmatan awam dan mengundi dalam
pilihan raya. Malayan Union memberi hak kewarganegaraan yang longgar kepada
kaum bukan Melayu melalui prinsip jus soli. Terdapat dua ciri utama dalam
kerakyatan secara perinsip jus soli, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang dan
secara permohonan.
Melalui
kerakyatan secara kuatkuasa undang-undang , Malayan Union memeberi
kewarganegaraan kepada;
a)
mereka yang
dilahirkan dilahirkan di negeri-negeri Malayan Union atau Singapura serta
bermastautin sebelum perintah ini dikuatkuasa.
b)
Mereka yang berumur
18 tahun ke atas dan bermastautin selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum 15
Februari 1942 dan mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
c)
Mereka yang
dilahirkan pada atau selepas perintah itu dikuatkuasakan. Sesiapa yang
dilahiran di luar Malaysia atau Singapura selepas perintah dikuatkuasakan
diberi kerakyatan dengan syarat bapanya merupakan warga Malayan union.
Kerakyatan secara permohonan diberi kepada;
a)
mereka yang
bermastautin selama 5 tahun daripada 8 tahun terdahulu semasa permohonan
dibuat.
b)
Mempunyai tingkah
laku yang baik, berpegetahuan dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu.
c)
Mengangkat sumpah
taat setia dan berjanji untuk kekal bermastautin di Malayan Union atau
Singapura.[4]
iv.Kedudukan Majlis Mesyuarat Negeri.
Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk menguruskan hal
ehwal kerajaan tempatan dan berada di bawah kawalan kerajaan pusat. Semua ahli
majlis ini terdiri daripada para pegawai British.
v.Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu.
Perlembagaan Malayan menyebabkan hak istimewa orang
Melayu terancam. Ini kerana dalam Perlembagaan Malayan Union, semua bangsa dan
kaum layak dipertimbangankan memasuki perkhidmatan awam dan satu undi dalam
pilihanraya umum. Ini bermakna golongan
imigran setaraf dengan bumiputera dalam maan Union. Sultan sebagai pelindung
kepada orang Melayu telah kehilangan kuasa politik.
[1]“Perjuangan
Mencapai Kemerdekaan”, dalam Modul
Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya:
Kementerian Pendidikan Malaysia,2013) ,68.
[2] Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf,AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara
(1800-2000)Penggal 3 Edisi Kemaskini,
(Shah Alam: Oxford Fajar,2014) ,184.
[3] Ong Loo Chen, Pra U
Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn.
Bhd.,2014),167.
[4] Ibid,185.
No comments:
Post a Comment