Ad

Sunday, 30 August 2015

Taj, Afif makin serasi

Oleh Aziman Rosdi-aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gandingan kali pertama Amiridzdwan Taj Tajuddin dan Mohd Afif Amirudin di posisi pertahanan tengah Harimau Malaya tampak menjadi apabila membantu pasukan kendalian Dollah Salleh mencatat keputusan seri 0-0 dengan Bangladesh pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam kelmarin.

Walaupun Malaysia lebih banyak menguasai permainan namun pasukan pelawat yang menduduki ranking ke-170 dunia itu tetap mengancam khususnya pada babak pertama.

Selepas menggunakan Mohd Fadhli Shas dan Muslim Ahmad ketika dibelasah Palestin 0-6 pada aksi kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 Jun lalu, Dollah ternyata mahukan perubahan di bahagian benteng.

Bagi Amiridzdwan, dia gembira diberi kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama namun mengakui cabaran lebih besar bakal ditempuh apabila bertemu pasukan hebat Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada kempen kelayakan di Abu Dhabi Khamis ini.

“Selagi kita tidak bolos, kita tidak akan kalah. Cuma kita perlu menambah (kerja keras) untuk mencari penyudah. Dalam aksi separuh masa pertama, kita agak terumbang-ambing dan masih mencari-mencari rentak terbaik.

“Kami masih mencari-cari (persefahaman) dengan rakan lain yang baru tapi mungkin itu tidak menjadi masalah buat saya kerana gandingan saya dengan Afif semakin baik,” katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan kelmarin.

Bagaimanapun tonggak Kelantan itu mengharapkan agar bahagian serangan turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan gol bagi mengelak benteng pertahanan tertekan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 31 Ogos 2015 @ 7:27 AM
DISYORKAN

No comments:

Post a Comment