KOMEN JURULATIH MALAYSIA,
DOLLAH SALLEH
"Memang keadaan agak sukar
kerana pemain yang melapor diri kali ini nampak dalam keletihan. Tapi apa cara
sekali pun, kami mahu mendapatkan semula keyakinan pemain menerusi perlawanan
ini. Itu tujuan sebenar.
"Apa pun, kami tak boleh ambil mudah dan
perlu membuktikannya di atas padang. Saya tak mahu apa yang berlaku ketika
bertemu Palestin (dibelasah 6-0) berulang. Kami mahu buat yang terbaik.
Insya-Allah.
"Kami sebenarnya tak dapat juga melakukan
persiapan yang banyak kerana pemain JDT pun baru melapor diri semalam. Apa pun,
saya mahu pemain lebih fokus dan mendapatkan semula rentak dan corak permainan
ketika kami muncul naib juara Piala Suzuki AFF 2014.
"Untuk perlawanan esok, saya mahu jadikan
ia persiapan bagi dua aksi kelayakan bertemu UAE dan Arab Saudi. Jadi sebagai
permulaan perlawanan, saya tetap akan menggunakan pemain JDT biarpun mereka
nampak keletihan. Kalau boleh, mereka akan bermain sekurang-kurangnya 45 minit.
"Kami tak boleh anggap mudah pasukan
Bangladesh biarpun skuad B-22 negara (kendalian Razip Ismail) dua kali
menewaskan mereka pada Piala Emas Bangabandhu, awal tahun ini. Saya percaya,
mereka juga pasti membuat persiapan untuk aksi kelayakan.
"Memang posisi serangan menjadi kesukaran
untuk saya menyenaraikan pemain. Untuk kali ini, saya akan menggunakan khidmat
Nor Farhan Muhammad serta S Kumaahran dan Faiz Subri. Saya percaya, Amri Yahyah
juga dapat memainkan peranan penting membantu penyerang yang kita ada
berdasarkan pengalamannya."
KOMEN KAPTEN MALAYSIA, SAFIQ
RAHIM
"Tidak dinafikan
sesetengah pemain agak keletihan tetapi bagi saya, ini adalah tanggungjawab
kami sebagai pemain. Kami perlu serius menghadapinya kerana kita ada misi
penting. Kami tak mahu lagi mendapat keputusan negatif dalam misi kita layak ke
Piala Asia 2019.
"Sebagai pemain, sudah tentu saya harap
prestasi baik bersama JDT musim ini dapat diteruskan dengan kecemerlangan
bersama pasukan kebangsaan. Saya akan beri sepenuh komitmen bersama pasukan
negara dan mengharapkan sokongan rakan-rakan bagi meneruskan konsistensi
bersama pasukan negara.
"Lupakan seketika pasukan negeri dan
kelab, kami semua perlu fokus kepada pasukan negara. Persiapan kali ini lebih
serius. Saya harap dapat bekerjasama dengan rakan sepasukan lain untuk mencapai
misi kami dalam saingan kelayakan."
KOMEN JURULATIH BANGLADESH,
LODEWIJK DE KRUIF
"Bagi kami, perlawanan
bertemu Malaysia ini sebagai persiapan sebelum menghadapi Australia. Kami rasa
cukup gembira dapat singgah beraksi di sini dan detik terbaik bertemu lawan
kuat seperti Malaysia biarpun cara mereka bermain berbeza dengan Australia
nanti.
"Tapi bagi kami, ini persiapan yang baik.
Menang, seri atau kalah tak penting bagi kami. Yang paling penting ialah untuk
kami menguji taktikal dan tahap kecergasan pemain sepanjang 90 minit.
"Saya mengetahui corak permainan Malaysia
kerana kami pernah berdepan skuad B-22 mereka pada Piala Emas Bangabandhu.
Ketika itu, pengalaman buruk bagi kami apabila tewas kepada mereka di
final."
KOMEN KAPTEN BANGLADESH,
MAMUNUL ISLAM
"Saya turut beraksi berdepan skuad B-22
Malaysia tempoh hari. Kami bermain baik tetapi malangnya ketinggalan 2-0 pada
babak pertama. Kami bangkit membalas dua gol pada babak kedua dan memiliki
peluang untuk menang, tapi dibolosi gol ketiga ketika permainan berbaki 10
saat."
Sumber- http://www.fam.org.my/
No comments:
Post a Comment