Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Latar belakang Portugal.
Pada abad ke-15 dan ke-16,
Portugal berubah ke status kuasa dunia semasa Zaman penerokaan di Eropah kerana
berjaya membina empaya besar di Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Australia.
Kejayaan pelayar-pelayar Portugal membangunkan empaya perdagangan disebabkan
oleh pencapian mereka dalam ekspedisi maritim. Portugal adalah kuasa Barat yang
paling aktif dalam kegiatan penjajahan dan perdagangan di Timur pada abad
ke-16.[1]
Portugal merupakan penjelajah
dan pelayar ulung yang merintis jalan ke Timur.
Faktor perkembanagn penjelajahan orang Portugal pada abad
ke-16
1.Peranan Putra Henry
Menubuhkan Akademik Laut
Memberi galakan kepada pelayar
Portugal.
2.Peranan pemerintah Portugal.
Memberi peluang kepada rakyat
Portugal menerokai bidang perkapalan dan pelayaran.
3.Kesan Perang Salib
Berlaku pertembungan ilmu.
Orang Portugal mengetahui ilmu
pelayaran daripada pelayar-pelayar Islam.
4.Penemuan baharu/teknologi
baharu.
Penemuan baharu dan teknologi
baru membawa kepada kegiatan pelayaran seperti peta dan kompas.
Berjaya membina kapal yang
tahan dan kuat seperti kapal jenis Cravel.
5.Kemunculan tokoh pelayar
Portugal.
Kesan perkembangan penjelajahan
Portugal;
Perluasan pengaruh dan empayar
Perluasan hubungan
antarabangsa.
Kepesatan perdagangan
Wujudnya rantaian pelabuhan di
Goa dan Melaka.
Berjaya memonopoli perdagangan
rempah di Kepulauan Rempah.[2]
No comments:
Post a Comment