OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Hasil pembelajaran
:menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat di Indonesia pada abad ke-19.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
KONSEP SISTEM SOSIAL DI INDONESIA
Negara Indonesia mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional berasaskan sistem feudal. Sistem sosial terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah.
Susun lapis
masyarakat di Indonesia.
1.Sultan/Raja
2.Kerabat Diraja.
3.Pembesar/Uleebalang/ Golongan Bangsawan/ Ulamak
4.Rakyat.[1]
Sebelum
kedatangan Belanda, Indonesia terdiri daripada beberapa buah kerajaan yang
berasingan seperti kerajaan Mataram dan kerajaan Bantam di Jawa.Masyarakat di
kerajaan-kerajaan tersebut mempunyai susun lapis tersendiri tetapi secara
keseluruhannya terdapat hierarki atau susun lapis berbentuk piramid.
Di Jawa
Tengah, terdapat dua golongan, iaitu golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Lapisan teratas terdiri daripada kerabat diraja dan golongan
bangsawan. Golongan diperintah menduduki lapisan bawah yang terdiri daripada
rakyat biasa, iaitu petani, pekerja, pedagang, dan hamba.
Raja dan
kerabatnya mentadbir kawasan yang selalunya terdiri daripada kumpulan etnik
mereka sendiri. Kerabat diraja membantu raja dalam pentadbiran di peringkat
pusat dan mendiami kawasan ibu kota. Selain menjalankan tugas pentadbiran,
mereka juga melaksanakan upacara keagamaan dan ritual di wilayah atau kerajaan
mereka. Golongan pemerintah ini menguasai tanah dan perdagangan maritim. Raja
dipandang sebagai pusat kosmos.
Terdapat
juga raja dan kerabat diraja yang memerintah negeri yang terdiri daripada
beberapa kumpulan etnik, contohnya Jawa, Sumatera dan Kalimantan. Di kawasan
Jawa, Sunda, Sulawesi Selatan, Maluku, dan Kalimantan, susun lapis masyarakat
peribumi agak jelas.Golongan pemerintah dapat mengumpul harta dan menghantar
anak-anak mereka ke sekolah.
Di Jawa,
raja, kerabat diraja, dan golongan bangsawan agak terasing daripada masyarakat
disebabkan pengaruh agama dan tradisi. Golongan keturunan diraja dibahagikan
mengikut darjat keturunan yang masingmasing mempunyai status dan prestij sendiri
dalam masyarakat.Dalam masyarakat, status Priyayi dianggap lebih tinggi dan
dihormati daripada status golongan lain. Priyayi merupakan golongan
berkedudukan di Jawa seperti pegawai tinggi dalam kerajaan.
Rakyat yang
kebanyakannya petani membayar cukai dan amat setia kepada golongan pemerintah.
Petani merupakan majoriti daripada masyarakat dan menjadi tunjang kegiatan
ekonomi bagi seluruh kawasan. Indonesia merupakan sebuah negara agraria, maka
kegiatan pertanian adalah lebih penting berbanding bidang lain.
Hamba
menduduki lapisan paling bawah. Kehidupan mereka bergantung kepada tuan mereka.
Golongan ini biasanya dibebani dengan hutang-piutang.Di Jawa, lapisan
masyarakatnya dipisahkan mengikut tahap bahasa yang berbeza, gelaran, dan peraturan
perkahwinan.Pada akhir abad ke-19, susun lapis masyarakat di fawa agak kompleks
apabila muncul satu golongan pegawai kerajaan dan profesional kesan daripada
perkembangan pendidikan. Terdapat keperluan untuk melatih rakyatnya bagi
memenuhi bidang perkhidmatan dalam kerajaan dan bidang perdagangan.
Kesimpulan
Masyarakat
peribumi di Indonesia terpengaruh dengan
unsur agama dan kepercayaan. Keadaaan tersebut menyebabkan mereka terlalu mentaati
raja lmaharaja mereka.Selepas penjajahan Barat, susun lapis masyarakat Indonesia mula melalui perubahan. Kedudukan
dan kuasa tradisi golongan Bupati (Indonesia) dan Mandarin (Vietnam) merosot
kerana mereka digantikan oleh pegawai Eropah atau golongan yang berpendidikan
Barat.
[1]“Sistem
Sosial”, Modul Pengajaran dan
Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia,2013) 116 .
No comments:
Post a Comment