Ad

Friday, 7 August 2015

JDT himpit Pahang

ZURAIMEE ZAINAL
6 OGOS 2015
JDT himpit Pahang Figueroa meraikan jaringannya bersama Nazrin Nawi ketika menentang Sime Darby di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, malam tadi.

PENYANDANG juara Johor Darul Ta'zim (JDT) terus menghimpit pendahulu Pahang selepas melakar kemenangan bergaya membelasah pasukan tercorot Sime Darby 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin malam tadi.

Tampil dengan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri, Harimau Selatan terlebih dulu merobek gawang anak buah Ismail Zakaria menerusi jaringan Luciano Figueroa pada minit ke-31 diikuti Asraruddin Putra Omar menjadikan kedudukan 2-0 menerusi gol m-47.

Bersambung babak kedua giliran Safiq Rahim mencetak nama sebagai penjaring apabila meledak jaringan m-48 sebelum  Figueroa sekali lagi melengkapkan pesta gol anak buah Mario Gomez pada m-68 untuk kemenangan kesebelas liga.

Sementara di Stadium Darul Makmur pula, dua jaringan Dickson Nwakaeme pada m-15 dan m-35 sudah cukup membolehkan anak buah Zainal Abidin Hassan meneruskan momentum kemenangan ke-12 seterusnya kekal memimpin liga dengan 39 mata mengatasi JDT kedua dengan 37 mata.

Perak pula kekal di tangga ketiga liga biarpun tewas 2-3 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Shah Alam dengan Ali Ashfaq menyumbang dua gol m-10 dan m-67 diikuti Dramane Traore m-58 manakala dua gol Perak pula dihasilkan Thiago Junio dan Horace James penghujung babak kedua.

Di Kuala Terengganu, Terengganu urut sama melakar kemenangan besar apabila membelasah Lions XII 4-2 dengan Helmi Remeli meletak tuan rumah di depan seawal m-6 sebelum Madhu Mohana menyamakan kedudukan m-24.

Issey Nakajima turut mencetak nama sebagai penjaring apabila meledak dua gol m-26 dan m-51 sebelum Mohd Hafiz merapatkan kedudukan m-54, namun Norshahrul Idlan Talaha memastikan tiga mata milik Sang Penyu menerusi gol m-56.

SUMBER-SINAR HARIAN ONLINE 6.8.2015

No comments:

Post a Comment